Sebelum ini ramai yang tidak tahu atau tidak ambil tahu tentang Wang Tak Dituntut (WTD) kerana menyangka tiada manfaat untuk mereka. Tetapi semuanya berubah apabila mula viral sejak seminggu lalu apabila seorang wanita yang mendapat lebih kurang RM14 ribu daripada akaunnya yang telah lama ditinggalkan melalui permohonan Wang Tak Dituntut.
Sejak itu jugalah ramai yang berpusu-pusu ke Jabatan Akauntant Negara untuk membuat semakan Wang Tak Dituntut dengan harapan terdapat duit mereka yang masih belum dituntut.Â
Pada saya, kesedaran tentang Wang Tak Dituntut ini adalah sangat baik. Tetapi pengguna tidak perlu terlalu teruja dan berpusu pusu ke Jabatan Akauntan Negara kerana tuntutan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun bukannya hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Jika anda buat semakan dan permohonan Wang Tak Dituntut tahun hadapan pun masih boleh dan jika ada duit anda yang tidak dituntut tetap akan diserahkan kepada anda.
Ok. Sebelum itu, baik saya terangkan sedikit tentang apa yang dikatakan sebagai Wang Tak Dtuntut.
Apa itu Wang Tak Dituntut? Dalam definisi yang dinyatakan oleh Jabatan Akauntan Negara, wang tidak dituntut atau singkatannya WTD terdiri daripda 3 kategori.
1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
Contoh dibawah kategori ini ialah:
- gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
- dividen;
- keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
- tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
- draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
- simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
- cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.
Contoh dibawah kategori ini ialah:
- akaun simpanan;
- akaun semasa;
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
- Akaun pemiutang dagangan
- Akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Jika anda pernah menggunakan perkhidmatan atau terlibat dengan mana-mana dalam 3 kategori ini, anda bolehlah membuat semakan Wang Tak Dituntut. Semakan dan permohonan Wang Tak Dituntut juga adalah mudah.
Cara Semakan dan Dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD)Â
1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan Akauntan berhampiran anda, Sila klik Alamat Pejabat Jabatan Akautan Negara setiap Negeri. Setiap negeri mempunyai cawangan pejabat Akauntan Negara.
2. Anda hanya perlu bawa kad pengenalan ke unit Wang Tak Dituntut di cawangan berhampiran. Pegawai  bertanggungjawab akan semak baki yang ada disemua akaun bank terdahulu.
3. Sekiranya anda membuat semakan untuk ahli keluarga anda yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.
4. Jika ada lebihan baki dari akaun bank terdahulu (akaun yang telah ditutup), anda akan diminta untuk mengisi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk salinan kad pengenalan, surat pengesahan dari bank yang anda tuntut, (bank statement atau buku bank yang aktif) untuk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).
5. Sekiranya permohonan berjaya, duit yang dituntut akan dipindahkan ke akaun anda dalam masa 30 hari.
Sumber : Jabatan Akauntan Negara
Saya pasti kebanyakan orang mesti pernah mempunyai satu akaun bank yang telah dianggap luput. Saya juga akan buat semakan kerana sebelum ini saya pernah mempunyai beberapa akaun yang telah di nyahaktifkan oleh bank.
Anda juga boleh buat semakan, tetapi jangan terburu-buru kerana semakan dan permohonan untuk Wang Tak Dituntut boleh dibuat sepanjang tahun 😀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan