Cara dan Adab Membaca Al Quran


Cara dan Adab Membaca Al Quran. Tidak kira sama ada bulan Ramadhan atau hari-hari lain, membaca Al Quran adalah salah satu daripada perkara yang dituntut. Apabila Al Quran di baca dalam bulan Ramadhan, ganjaran pahalanya akan digandakan berbanding hari-hari yang lain. 

Walau bagaimana pun kita perlu tahu juga berkenaan dengan adab-adab semasa membaca Al Quran supaya kita tidak berbuat sesuatu yang dapat mengurangkan pahala membaca Al-Quran.

Terdapat 9 perkara yang perlu dipatuhi semasa kita nak membaca Al-Quran.


  1. Dalam keadaan wudhuk dan bersih
  2. Gunakan Tangan Kanan
  3. Membaca ditempat yang bersih
  4. Menghadap Kiblat
  5. Bersihkan Mulut
  6. Membaca Taawuz
  7. Membaca Secara Tatril
  8. Membaca dengan merdu
  9. Fokus dan tidak melakukan perkara lain

Dalam keadaan wudhuk dan bersih.

Sekiranya kita nak membaca Al-Quran, pastikan kita dalam keadaan berwudhuk. Al Quran adalah kitab yang suci dan perlu dipegang juga dalam keadaan yang suci.


Gunakan Tangan Kanan

Setiap perkara yang baik perlu dilakukan dengan tangan kanan. Pegang mushaf Al Quran dengan tangan kanan untuk mengambil manfaat dan mendapat pahala tambahan.


Membaca di tempat bersih

Dilarang membaca Al Quran di kawasan yang kotor dan najis seperti tandas. Bacalah Al Quran di tempat yang bersih seperti di surau ataupun di ruang tamu rumah.

Menghadap kibat.

Kiblat adalah arah di mana kita menghadap ke arah terletaknya Kaabah. Salah satu syarat sah solat adalah menghadap kiblat. Walaupun, menghadap kiblat bukanlah syarat sah membaca Al-Quran, tetapi melakukan sesuatu yang baik dengan menghadap kiblat ada manfaat dan ganjarannya.

Membersihkan Mulut

Membersihkan mulut boleh dilakukan dengan berkumur-kumur ataupun dengan menggosok gigi. Ini adalah sebagai tanda hormat semasa membaca Al Quran dan juga merupakan perbuatan yang Nabi Muhammad S.A.W sukai.

Membaca Taawuz

Setiap orang yang nak berbuat kebaikan pasti akan digoda oleh syaitan. Oleh itu, sebelum membaca Al-Quran, bacalah Taawuz kerana ia merupakan satu bentuk doa untuk memohon perlindungan daripada gangguan syaitan.

Membaca Secara Tartil

Orang yang lancar bacaannya hendaklah membaca secara tartil dan perlahan. Orang yang masih belum lancar bacaannya, Allah ganjarkan mereka dengan 2 pahala iaitu pahala mambaca Al-Quran dan pahala berusaha untuk membaca Al Quran. Tetapi dengan syarat mereka sentiasa menuntut ilmu untuk memperbaiki bacaan mereka.


Membaca dengan Lagu

Membaca Al Quran dengan suara yang merdu adalah satu perkara yang baik. Terdapat pelbagai bentuk tarannum yang boleh dipelajari dan boleh diamalkan semasa membaca Al-Quran.


Fokus 

Semasa membaca Al Quran, hati dan emosi hendaklah fokus dengan apa yang dibaca. Jangan sesekali membaca Al Quran sambil melakukan perkara lain. Perhatikan juga makna setiap ayat yang dibaca supaya pengajaran daripada setiap ayat dapat difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Perbanyakkanlah membaca Al Quran kerana itulah teman kita semasa di dalam kubur dan di akhirat nanti. Selain itu, sentiasa memperbaiki bacaan dengan terus belajar dengan guru-guru Al Quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top