Ads Top

Cara Whatsapp Tanpa Save Nombor Telefon


Cara Whatsapp Tanpa Perlu Save No. Telefon Terlebih Dahulu. Jika sebelum ini, kita hanya boleh menghantar mesej melalui Whatsapp HANYA kepada nombor telefon yang telah disimpan ke dalam telefon kita, kini satu sistem ringkas telah dibangunkan oleh tuan Saifudin Ilyas menggunakan koding yang dibenarkan oleh Whatsapp.

Bagaimana sistem ini berfungsi?

Secara ringkasnya, sistem ini akan redirectkan nombor ke aplikasi Whatsapp. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan no telefon anda dalam URL web wasap.my. Sebagai contoh anda nak hantar Whatapp ke nombor 0123456789.

URL yang terhasil daripada nombor telefon tersebut adalah:

www.wasap.my/60123456789

Pastikan terdapat kod negara (60 untuk Malaysia) pada nombor telefon yang anda nak Whatsapp. Sekiranya kod negara tidak dimasukkan, sistem ini tidak dapat berfungsi.

Siapa yang perlu gunakan sistem ini?

Peniaga Online adalah orang paling sesuai gunakan teknik dan sistem ini. Ini akan memudahkan pelanggan untuk menghubungi penjual barangan yang nak dibeli. Lebih mudah pelanggan menghubungi penjual, lebih mudah penjualan akan berlaku.

Less Click, More Sales

Selain itu, kita boleh juga letakkan kod promosi atau keyword khas.

Cara terbaik adalah letakkan link nombor Whatsapp anda selepas ayat copywriting.

"Untuk maklumat lanjut, hubungi www.wasap.my/60123456789".

Apabila pelanggan tekan link tersebut, aplikasi Whatsapp akan terbuka secara automatik dan bersedia untuk mesej anda.

Sekiranya terdapat sebarang kod promosi khas, anda boleh sertakan kos tersebut di link nombor Whatsapp anda. Sebagai contoh:

www.wasap.my/60123456789/promosimurah

Apabila pelanggan tekan link di atas, secara automatik satu mesej 'promosimurah' akan dihantar ke nombor 0123456789.

Pada saya sistem ini adalah sistem yang dinantikan oleh setiap penjual online kerana ia dapat memudahkan dan meningkatkan jualan. Tambahan lagi penggunaan sistem ini sangat mudah.

Selain itu terdapat juga sistem versi ke 2 yang memerlukan anda untuk daftar sebelum boleh menggunakannya. Tetapi ia masih PERCUMA untuk digunakan. Anda boleh semak versi ke 2 sistem tersebut di laman Wasap.my

Kelebihan Wasap.my versi 2 adalah:

1. Whatsapp boleh dibuka di hp atau laptop/pc.
2. Personalized URL & lebih pendek.
3. Boleh lihat berapa banyak klik.
4. Boleh lihat klik dari mana (FB, Web, IG dll).
5. Letak FB Pixel ID & Adwords Tag sendiri.

Jika anda tak nak daftar bagai, gunakan sahaja wasap versi 1 tu.

Mudah bukan?

Terima kasih kerana membaca Cara Whatsapp Tanpa Save Nombor Telefon . Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.