Ads Top

Cara Tingkatkan Pendapatan Google Adsense Secara Automatik

>

Perhatian. Artikel ini hanya untuk mereka yang dah mula menjana pendapatan dari Google Adsense (atau ads network lain). Jika anda baru sahaja mula berblog, artikel ini mungkin hanya sekadar informasi untuk anda. Artikel ini juga untuk mereka yang nak meningkatkan pendapatan blog seiring dengan penggunaan Google Adsense (atau ads network lain).


Dalam artikel ini, saya banyak memberikan contoh Google Adsense kerana ia adalah pengiklan utama yang digunakan oleh kebanyakan blogger dan juga kerana saya sendiri menggunakan Google Adsense.

Tetapi sebenarnya Ezoic juga boleh digunakan bersama rangkaian pengiklan lain seperti Media.net, Chitika dan lain-lain.


Ok.

Secara umumnya, pendapatan iklan adalah berkadar terus dengan trafik. Lagi tinggi trafik, lagi banyak pendapatan daripada iklan Google Adsense. 

Sebelum memulakan perkongsian cara tingkatkan pendapatan iklan blog. Saya nak ajukan satu soalan untuk anda.

Nak tak tingkatkan pendapatan Google Adsense anda, TANPA meningkatkan trafik sedia ada?

Menjana pendapatan dengan blog adalah satu pencapaian yang mahu dicapai oleh semua blogger. Dan bagi yang dah mula menjana pendapatan dengan blog, pastinya mahu meningkatkan pendapatan blog mereka. Saya juga tidak terkecuali.

Jika anda pengguna Google Adsense atau lain-lain rangkaian pengiklan, anda berpeluang untuk meningkatkan pendapatan iklan blog, TANPA meningkatkan trafik anda dengan menggunakan laman web Ezoic.

Apa itu Ezoic?

Bayangkan jika anda mendapat bantuan dan nasihat daripada seseorang tentang bagaimana nak letak Google Adsense, saiz apa yang paling sesuai dan pengiklan mana yang paling baik untuk blog anda.

Inilah ringkasan untuk fungsi Ezoic.

Ezoic diakui sebagai Certified Publishing Partner untuk Google Adsense dan sebab itulah ramai orang yang menggunakan Google Adsense akan menggunakan Ezoic.


Ezoic review AdSense

Ezoic sebenarnya adalah satu lagi Ads Network dan dalam masa sama ia sangat bagus untuk memudahkan anda bereksperimen dengan trafik anda untuk mendapatkan pulangan melalui iklan. Apa yang lebih hebatnya adalah ianya dilakukan secara automatik dan tetapan hanya perlu dilakukan dalam beberapa minit sahaja.

Ezoic menyatakan bahawa secara purata, mereka mampu untuk meningkatkan sekurang-kurangnya 50% daripada pendapatan asal iklan Google Adsense anda. Katakan pendapatan bulanan Google Adsense anda adalah USD100, dengan menggunakan Ezoic, pendapatan Google Adsense anda akan meningkat sekurang-kurangnya menjadi USD150 sebulan. Tetapi banyak blog yang menggunakan Ezoic ini dapat meningkatkan pendapatan lebih dari 100%.

Siapa yang boleh menggunakan Ezoic?

Jika anda mempunyai akaun Google Adsense dan trafik blog anda adalah sekurang-kurangnya 500 pengunjung/hari, Anda SANGAT dicadangkan untuk menggunakan Ezoic. Saya pernah cuba daftar Ezoic untuk blog saya yang kurang dari 100 pengunjung/hari, tetapi permohonan saya ditolak.

Jika pendapatan anda dari Google Adsense dah banyak, Ezoic perlu menjadi KEUTAMAAN anda untuk meningkatkan lagi pendapatan anda secara automatik.

Sepertimana yang saya katakan tadi, Ezoic memainkan 3 peranan utama iaitu:

  1. Nak letak iklan di mana?
  2. Nak guna saiz yang mana?
  3. Pengiklan mana yang terbaik untuk anda?


Nak letak iklan kat mana?

Location of ads on the site

Ezoic akan membantu anda untuk memilih lokasi terbaik untuk iklan anda. Anda hanya perlu tetapkan di mana anda 'cadangkan' iklan di siarkan (boleh tetapkan banyak lokasi pada blog), dan sistem Ezoic akan membuat eksperimen untuk setiap lokasi yang anda cadangkan dan hanya lokasi terbaik dan yang akan memberikan pulangan yang terbaik akan dipilih setelah eksperimen selesai.

Sekiranya anda 'mencadangkan' 10 lokasi iklan pada blog anda, Ezoic mungkin akan menyiarkan hanya pada 5 tempat terbaik. Ini adalah untuk mematuhi terma yang ditetapkan oleh Google Adsense dan rangkaian pengiklan lain.

Nak guna saiz iklan yang mana?


Automated Ad testing for more money
Dalam sistem Ezoic, kita boleh tetapkan satu spot iklan dengan pelbagai saiz. Sistem Ezoic kemudiannya akan mencuba semua saiz pilihan kita dan akan memilih saiz yang memberikan pulangan terbaik untuk blog kita. Ia sedikit berbeza dengan iklan yang berbentuk responsive. Iklan resposive hanya berubah berdasarkan bagaimana blog kita di lihat sama ada melalui mobile atau desktop tetapi tidak mementingkan dari segi pendapatan berdasarkan iklan yang disiarkan.

Dengan menggunakan Ezoic, kita boleh setkan saiz iklan yang berbeza untuk mobile dan juga desktop, dan dalam masa yang sama sistem Ezoic akan buat kajian saiz mana yang terbaik untuk blog anda.


Pengiklan Mana Terbaik Untuk Anda

Ezoic boleh juga dilinkkan dengan Google Adsense anda. Apabila Ezoic dilinkkan dengan Google Adsense, sistem Ezoic akan memilih iklan yang mempunyai nilai tertinggi untuk disiarkan. Jika iklan dari Ezoic lebih tinggi nilai, iklan tersebut akan dipaparkan, tetapi jika iklan Google Adsense lebih tinggi nilainya, iklan Google Adsense akan dipaparkan.


Bagaimana dengan bayaran?

Minimum payout untuk Ezoic adalah 20 dolar. Ini adalah jauh lebih rendah daripada nilai yang perlu di kumpul dalam Google Adsense iaitu 100 dolar. Pembayaran boleh dibuat melalui Paypal, cek ataupun international bank transfer. Saya memilih untuk menggunakan Paypal.

Ok. Saya dah cerita tentang kelebihan Ezoic dan apa fungsinya utamanya. Sekarang saya terangkan pula bagaimana nak pasang atau setting Ezoic pada blog kita.

Sekiranya anda nak guna Ezoic pada blog anda, ikuti langkah-langkah yang akan saya kongsikan di bawah. Secara spesifik, langkah-langkah yang saya tunjukkan adalah untuk anda yang menggunakan platform Blogger. Mungkin ada sedikit perbezaan sekiranya anda menggunakan Wordpress.

[Artikel: Cara Terbaik Buat Duit Dengan Google Adsense]

Cara Pasang Ezoic Pada Blogger

Mula-mula sekali, daftar Ezoic secara percuma di sini

Kemudian anda akan diminta untuk 'integrate' Ezoic dengan blog anda. Terdapat dua jenis intergration iaitu dengan dengan mengubah nameserver blog anda ataupun dengan menggunakan kod html.




Pilihan yang lebih baik adalah dengan membuat perubahan nameserver. Saya sendiri menggunakan kaedah ini. Anda hanya perlu setting nameserver blog anda dan tukar dengan nameserver Ezoic.

Setelah anda intergrate, anda perlu ke App Store dalam laman web Ezoic dan pasang aplikasi Ads Tester dan juga Mediation. Aplikasi Ads Tester adalah untuk membantu anda memilih tempat dan saiz iklan yang terbaik untuk anda, manakala aplikasi Mediation membolehkan anda linkkan akaun Google Adsense dengan akaun Ezoic anda.




Pada saya hanya dua aplikasi ini yang perlu anda pasang pada Ezoic. Ads Tester adalah untuk melakukan eksperimen sepertimana yang saya terangkan di atas, manakala aplikasi Mediation digunakan untuk linkkan ads network yang lain seperti Google Adsense.


Google Adsense + Ezoic

Katakan anda letakkan iklan Google Adsense pada sidebar blog anda. Anda boleh gabungkan kod Google Adsense dalam kod Ezoic. Apa yang akan berlaku adalah, pengiklan di Ezoic dan Google Adsense akan bersaing untuk spot iklan tersebut dan hanya pengiklan yang mempunyai CPC tertinggi akan dipamerkan pada blog anda.



Sebagai contoh umum, katakan pada spot iklan tersebut pengiklan Google Adsense menawarkan CPC RM0.50 manakala pengiklan Ezoic menawarkan CPC RM1.00, maka iklan dari Ezoic yang akan dipamerkan pada blog anda. Begitulah konsepnya secara ringkas.

Pendapatan dari iklan Ezoic akan masuk ke akaun Ezoic, manakala pendapatan dari Google Adsense akan masuk ke akaun Google Adsense anda seperti biasa.

Pengalaman menggunakan Ezoic.

Mesti anda tertanya-tanya sama ada saya pernah gunakan Ezoic atau tidak. Jawapannya YA, saya SEDANG menggunakannya. Oleh kerana trafik dan pendapatan Google Adsense blog ini belum banyak, jadi untuk mendapatkan keputusan terbaik agak memakan masa lebih kurang 1 atau 2 bulan. Jika blog anda banyak pembaca, keputusan eksperimen yang dijalankan akan lebih cepat.



Setakat ini pendapatan Google Adsense saya masih turun naik kerana masih dalam proses eksperimen. Tetapi dalam masa sama pendapatan Ezoic saya semakin bertambah. Ini kerana trafik yang diperolehi oleh blog ini masih belum banyak jadi memerlukan masa yang agak lama untuk eksperimen dijalankan.

Masih tak berapa faham tentang Ezoic?

Boleh tengok video di bawah ini untuk tengok dashboard Ezoic dan bagaimana untuk lakukan tetapan. Video ini saya sediakan khas untuk pengguna platform Blogger. Jangan lupa untuk subscribe Youtube Channel saya ye 😉



Ok. Saya sangat cadangkan pengguna Google Adsense untuk menggunakan Ezoic kerana ianya percuma dan mampu untuk meningkatkan pendapatan Google Adsense anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web Ezoic terus di sini.

[Laman Web Ezoic]

Terima kasih kerana membaca Cara Tingkatkan Pendapatan Google Adsense Secara Automatik. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

1 ulasan:

  1. Artikel yang sangat bermanfaat. Jangan Lupa Kunjungi MesinIndo.com

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.