Ads Top

Cara Buat Duit Dengan Google Adsense


Saya baru sahaja habis baca ebook Raja Adsense Revive yang menceritakan langkah demi langkah cara untuk kita boleh buat duit dengan Google Adsense. Ini merupakan kali pertama saya membaca panduan yang formal berkaitan Google Adsense. Sebelum ini saya banyak menghabiskan masa untuk belajar sedikit demi sedikit tentang Google Adsense dari pelbagai blog dan laman web. Pada saya amat beruntunglah pada yang baru nak belajar tentang Google Adsense kerana panduan ini adalah panduan terbaik yang ada sekarang.

Sepertimana yang kita sedia maklum, akaun Google Adsense terdiri daripada 2 jenis iaitu hosted dan juga akaun penuh. Akaun hosted adalah akaun yang hanya boleh digunakan untuk laman web tertentu iaitu laman web blogspot dan juga Youtube. Akaun penuh Google Adsense boleh digunakan di mana-mana laman web atau blog. Sebelum ini saya ada menceritakan pengalaman bagaimana saya mendapatkan akaun penuh Google Adsense. Ketika itu apa yang saya lakukan tidak lebih dari kaedah cuba jaya.

Rupanya ada cara yang lebih mudah untuk kita mendapatkan akaun penuh Google Adsense iaitu dengan melalui hosted akaun Google Adsense.

Untuk pengetahuan anda, pengalaman saya dengan Google Adsense sedikit unik. Ini adalah kerana, saya mendapat akaun penuh Google Adsense terlebih dahulu kemudian barulah mendapat akaun hosted Google Adsense untuk blogspot. Jika anda tanya saya kenapa, saya pun tak pasti. Mungkin dah rezeki saya.

Jika nak diikutkan rasanya saya nak tulis semua perkara yang saya belajar dari buku Raja Adsense Revive tu sebab ia banyak memberikan banyak maklumat kepada blogger baru. Tetapi saya rasa tidak baik pula untuk penulis buku tersebut iaitu Tuan Shamsuriyadi kerana banyak usaha yang telah dilakukan untuk menulis buku tersebut. Apa yang saya dapat tuliskan adalah apa manfaat yang saya dapat selepas membaca buku Panduan Raja Adsense Revive.


Siapa yang patut dapatkan buku ini?

cara buat duit dengan google adsense

Pada pendapat saya, bagi yang baru buat blog dan masih belum mempunyai akaun Google Adsense sangat memerlukan buku Panduan Raja Adsense Revive ini. Ini adalah kerana penjelasan langkah-langkah untuk memulakan blog sehinggalah ke memohon akaun Google Adsense ada diterangkan dengan jelas dalan ebook ini.

Salah satu ilmu baru yang saya pelajari daripada ebook ini adalah bagaimana cara untuk memohon akaun Google Adsense semula sekiranya akaun telah disekat oleh Google kerana sebab-sebab tertentu. Walaupun saya harap ianya tidak berlaku pada blog ini, tetapi dengan adanya panduan tersebut, saya berada lebih yakin untuk terus buat duit dengan Google Adsense. Yang lebih penting, jangan sesekali melanggar mana-mana syarat yang telah dipersetujui semasa mendaftar akaun Google Adsense.

Siapa yang tak perlu dapatkan buku ini?

Bagi yang dah mendapat gaji dari Google Adsense setiap bulan tidak perlu mendapatkan buku ini kerana hampir semua perkara yang dibincangkan dalam buku ini akan kelihatan terlalu asas untuk anda. 

Secara keseluruhannya, buku Panduan Raja Adsense Revive ini mudah difahami dan pada saya buku ini masih dalam kategori pertengahan dan bukanlah pada tahap advanced.

Apa yang terkandung dalam pakej Raja Adsense pada kali ini?

Sekiranya anda membeli buku Panduan Raja Adsense Revive, anda akan mendapat ebook Raja Adsense v8 dan juga 10 modul berkaitan Panduan Google Adsense Revive. Ebook Raja Adsense v8 adalah ebook kemaskini daripada versi yang terdahulu yang banyak menerangkan asas-asas Google Adsense dan blogging. 10 Modul yang diberikan pula adalah penerangan lebih terperinci berkaitan langkah-langkah untuk buat duit dengan Google Adsense.

10 Modul yang saya maksudkan adalah:
  1. Pengenalan - Menerangkan tentang pengenalan untuk Modul Panduan Raja Adsense ini. Ia adalah untuk persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran dalam menulis blog bagi program Google Adsense ini. Ramai yang gagal bertahan disebabkan pelbagai isu. Ia akan dikupas di dalam modul ini.
  2. Pemilihan Niche atau Topik - Langkah pertama ialah memilih niche atau topik yang terbaik untuk anda buat untuk pasaran Malaysia. Buku ini akan memberikan beberapa blog yang berjaya yang boleh dijadikan rujukan dalam pembangunan blog anda sendiri.
  3. Pembangunan Blog - Seterusnya ialah pembangunan blog samada mengunakan blogger atau wordpress. Dalam modul ini, banyak menyentuh tentang pengunaan wordpress yang dihos sendiri. Tools dan plugin yang digunakan untuk membantu pengurusan blog anda.
  4. Penulisan Artikel - Artikel memainkan peranan yang sangat penting bagi sesebuah blog agar bertahan lama di enjin carian. Ia perlu dirancang dan ditulis dengan cara tertentu. Ia perlukan latihan yang lama untuk aktiviti penulisan ini.
  5. Search Engine Optimization - Ia adalah rahsia bagaimana blogger berjaya mendapat ranking yang terbaik di enjin carian. Ia cara bagaimana untuk artikel mereka tampil pada kedudukan pertama apabila di cari oleh pengguna internet. Terdapat 2 cara SEO iaitu On-page SEO dan juga Off-page SEO akan dibincangkan dalam modul ini.
  6. Teknik Pemasaran Pantas - Dalam modul ini, ia akan menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan traffik dengan pantas. Sebagus mana sesebuah blog tidak berguna jika tiada pelawat. Sebab itu, modul ini dibuat agar anda boleh mengajak pelawat ke blog anda.
  7. Mendapatkan Akaun Google Adsense - Akaun Google Adsense sangat sukar untuk diperolehi. Namun, dalam modul ini penulis akan berikan 3 cara untuk mendapatkan akaun Google Adsense Penuh. 
  8. Blog Monetization - Selain daripada Google Adsense, anda akan tunjukkan cara lain untuk anda menambah pendapatan blog anda. Pendapatan ini penting untuk membolehkan anda menampung kos-kos yang bakal ditanggung dalam pembangunan blog anda.
  9. Akaun Adsense Hosted - Selain akaun penuh, anda juga boleh memiliki akaun Hosted Adsense iaitu menerusi Blogger dan Youtube. Langkah demi langkah untuk mendapatkan akaun Hosted Youtube akan ditunjukkan dan bagaimana untuk anda upgrade kepada akaun Google Adsense Penuh dengan akaun Hosted ini.
  10. Isu Penting dan Tips - Sebagai penutup modul Panduan Raja Adsense, ia akan membincangkan pantang larang yang seringkali terlupa sehingga menyebabkan kehilangan akaun Google Adsense mereka.

Ini adalah antara yang anda pelajari daripada Panduan Raja Adsense Revive. Semua yang perlu anda tahu tentang bagaimana cara untuk membangunkan blog dan seterusnya memohon untuk akaun Google Adsense ada dibincangkan di dalam ebook ini.

Selain itu anda juga kan diberikan beberapa template blog premium yang mesra SEO untuk anda gunakan secara percuma. 


Sekiranya anda baru nak belajar buat duit dengan Google Adsense, inilah panduan cara buat duit dengan Google Adsense yang terbaik untuk anda.

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Duit Dengan Google Adsense. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.