Cara Meminjam Ebook Dari Perpustakaan Negara Malaysia


Bila kali terakhir anda penjejakkan kaki ke perpustakaan? Perkembangan teknologi menyebabkan orang semakin kurang menjejakkan kaki ke perpustakaan. Semakin banyak juga buku disediakan dalam bentuk ebook untuk memudahkan para peminat buku membaca dengan lebih mudah.

Kelebihan Ebook

Pada saya ebook sangat berguna dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Kita boleh membaca semasa menunggu bas, menunggu seseorang ataupun menunggu giliran. Masa yang ada tidak terbuang begitu sahaja dan dimanfaatkan dengan membaca.

Kelebihan Buku Fizikal

Walaupun ebook mudah dibaca dan dibawa ke mana-mana, dari segi 'feeling' membaca buku lebih seronok semasa membaca buku fizikal. Bagi yang memang pengumpul buku, membeli dan membaca buku fizikal adalah satu kemestian. Jika anda nak membeli buku fizikal secara online, salah satu laman web terbaik adalah di Bookcafe.


Pinjam Ebook?

Saya ada berita baik untuk peminat buku semua. Perpustakaan Negara Malaysia kini telah menjalankan kerjasama dengan E-Sentral yang membolehkan kita semua meminjam pelbagai jenis buku maya (ebook) secara atas talian. Apa yang menariknya, kebanyakan buku yang ada di pasaran boleh kita baca secara percuma.

Masa mengetahui tentang perkara ini, saya sangat teruja kerana sebelum ini saya hanya menggunakan Google Play Book yang mana ebook yang nak dibaca perlu di beli terlebih dahulu sebelum boleh di baca. Dan saya ada banyak buku yang dah saya beli. 

Konsep asal masih menggunakan konsep asal di perpustakaan iaitu buku yang kita pinjam perlu di pulangkan dalam masa yang ditetapkan. Anda mempunyai pilihan untuk meminjam ebook dalam versi Android, iOS, Mac dan juga Window

Untuk meminjam ebook daripada Perpustakaan Negara Malaysia, anda hanya mendaftar secara percuma di link ini : www.pnm.elib.com.my

Kemudian, jika anda nak membaca menggunakan telefon pintar, anda perlu muat turun aplikasi E-Sentral Perpustakaan Negara Malaysia. Begitu juga jika anda nak menggunakan peranti Apple perlu muat turun aplikasi di App Store.

Nak tengok demo pinjam buku di Perpustakaan Negara Malaysia? Tengok video di bawah ni 👇😁



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top