Cara Buat Kek Batik Paling Mudah Dan Sedap!

cara buat kek batik

Cara Buat Kek Batik. Kek Batik adalah antara kek yang paling mudah untuk disediakan. Malah semasa zaman belajar dulu pun saya dan kawan-kawan dah buat kek batik ni. Apa yang menyebabkan kek batik ini mudah disediakan adalah kerana bahan dan langkah untuk menyediaknnya adalah mudah. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin ada versi resepi kek batik yang tersendiri.

Pada kali ini saya nak kongsikan resepi dan cara buat kek batik yang paling mudah tetapi dalam masa yang sama sedap untuk dimakan. Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat ringkas dan boleh dilakukan tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan.

Apa yang menariknya adalah resepi kek batik tidak memerlukan sukatan yang sangat tepat. Cuma campur-campur mengikut citarasa, insyaAllah menjadi. Ok. Secara asasnya menyediakan kek batik hanya memerlukan beberapa bahan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Satu paket kecil Milo / Vico
  2. 2 sudu besar serbuk koko. Ini adalah bertujuan untuk menaikkan lagi rasa coklat pada kek batik kita. Kalau tak nak letak pun tak apa.
  3. Satu tin susu pekat manis. Nak letak berapa banyak itu bergantung kepada citarasa kemanisan masing-masing. Bergantung juga kepada berapa banyak kek batik yang anda nak buat.
  4. Satu bungkus biskut marie. Jenama biskut Marie ikut kesukaan anda. Lebih baik gunakan biskut marie yang anda suka makan kerana tekak anda akan rasa kek batik yang dibuat lebih sedap 😉 
  5. Buttercup 1 buku
  6. Essence vanila (jika nak kek batik tu lebih wangi). Tak letak pun tak ada masalah.


Ok. Nampak tak?

Bahan yang wajib ada untuk resepi kek batik ni cuma ada 4 sahaja. Ringkas kan? Kalau nak diikutkan senarai bahan tu, yang perlu di beli sebenarnya biskut Marie dan buttercup sahaja. Milo dan susu pekat biasanya memang dah sedia ada di dalam rumah.


Bahan dah tahu, tapi bagaimana cara buat kek batiknya?

Nak buat kek batik ni pun seringkas bahan-bahannya. Jika tak pandai masak pun saya yakin boleh buat kek batik ni. Nak impresskan teman wanita anda pun boleh 😋 

Langkah-langkah untuk membuat kek batik:

  1. Ambil periuk bersaiz sederhana dan masukkan 1 buku buttercup tadi. Buka api sederhana dan jangan terlalu besar. Cairkan buttercup di dalam periuk.
  2. Setelah buttercup cair sepenuhnya, masukkan milo sedikit demi sedikit ke dalam periuk tadi. Pastikan anda kacau campuran itu dengan konsisten untuk mengelakkan milo berketul-ketul. Jika ada serbuk koko, masukkan sekali. Kemudian masukkan susu pekat manis 1 tin (atau kurang ikut tahap kemanisan yang dimahukan) dan teruskan mengacau campuran tersebut. Jika ada essence vanila boleh masukkan sekarang. Jika campuran tu dah nampak tidak berketul dan sebati, boleh matikan api.
  3. Jika ada pembantu, boleh minta kawan / adik untuk pecah-pecahkan biskut marie ke dalam satu lagi periuk atau bekas. Tak perlu pecahkan perfect sangat. Asalkan jangan terlalu hancur cukuplah. 
  4. Kemudian, masukkan campuran milo dan susu tadi ke dalam bekas berisi biskut Marie yang dah di pecah-pecahkan. Anda juga boleh buat sebaliknya (masukkan biskut dalam campuran milo). Tetapi pastikan api telah dimatikan dan campuran milo tersebut tidak terlalu panas. 
  5. Gaul sehingga semua biskut Marie diseliputi campuran milo. 
  6. Sediakan satu bekas plastik seperti bekas Tupperware yang bersaiz sederhana, Masukkan campuran yang dah sebati tadi ke dalam bekas ini. Mampatkan dengan senduk / sudu supaya kek batik kita rata sekata. 
  7. Biarkan ia sedikit sejuk sebelum masukkan ke dalam peti sejuk selama beberapa jam.
  8. Siap!
Mudah kan buat kek batik ni? Memang mudah. Ini adalah kek pertama yang saya belajar semasa belajar di universiti dahulu. 

Sekiranya anda ada resepi kek batik anda yang unik, anda boleh kongsikan di ruangan komen. 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top