Cara Menurunkan Kolesterol Dalam Badan


Cara Menurunkan Kolesterol Dalam Badan. Satu soalan untuk anda. Betul atau tidak bahawa hanya orang yang gemuk mempunyai kolesterol yang tinggi? Teruskan membaca untuk mendapatkan jawapan dan fakta sebenar tentang kolesterol dan juga cara untuk menurunkan kolesterol dalam badan.

Apa itu kolesterol?

Kolesterol secara mudahnya adalah salah satu dari jenis lemak yang terdapat dalam darah kita. Kolesterol sebenarnya diperlukan oleh badan kita untuk membina hormon, vitamin D dan beberapa perkara lain yang diperlukan dalam sistem pencernaan badan kita. Walau bagaimanapun, kadar kolesterol yang diperlukan hanyalah sedikit dan badan kita sendiri sebenarnya dapat menyediakan kadar kolesterol yang diperlukan.

Kolesterol beredar dalam darah dalam 2 bentuk yang dikenali sebagai HDL dan LDL. LDL adalah singkatan bagi Low Density Lipoprotein manakala HDL adalah singkatan High Density Lipoprotein.

LDL juga biasanya dikenali sebagai 'kolesterol jahat' kerana sifatnya yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat sekiranya kadar LDL dalam darah terlalu tinggi. Saluran darah yang tersumbat inilah yang boleh menyebabkan sakit jantung dan juga strok.

Jika LDL adalah 'kolesterol jahat', maka HDL memupunyai sifat yang berlawanan iaitu dikenali sebagai 'kolesterol baik'. Gelaran ini diberikan kerana HDL jika berlebihan akan dibawa ke hati kita untuk diproses dan kemudiannya dikeluarkan dari badan melalui sistem perkumuhan kita.

Perlu diingatkan bahawa kadar kolesterol yang tinggi dalam darah bukanlah satu penyakit. Apa yang lebih bahaya adalah kadar kolesterol dalam darah yang tinggi tidak mempunyai sebarang tanda sehinggalah kolesterol itu sendiri termendap dan menyebabkan masalah lain seperti serangan jantung.

Oleh itu, amat penting untuk kita sentiasa lakukan pemeriksaan berkala untuk menentukan kadar kolesterol dalam darah kita. Pengesanan awal boleh membantu kita mencegah daripada mendapat penyakit yang lebih serius.

Apakah yang menyebabkan kolesterol tinggi?
Faktor utama kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan adalah makanan. Walau bagaimana pun, makanan bukanlah penyebab tunggal yang menyebabkan kolesterol tinggi. 

Ok?

Baru-baru ini, saya ada menjalankan pemeriksaan kesihatan. Hasilnya amat mengejutkan kerana saya didapati mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dalam darah. Untuk pengetahuan anda, bacaan normal bagi kadar kolesterol dalam darah kita adalah seperti berikut:

Cara Menurunkan Kolesterol


Walaupun berat badan saya dikategorikan sebagai normal. Ini tidak menjamin bahawa saya tidak mempunyai masalah kolesterol. Ini adalah kerana kadar kolesterol dalam darah tidak di pengaruhi secara terus oleh berat badan. Kolesterol bukanlah penyebab kepada kegemukan tetapi kolesterol adalah penyebab kepada penyakit-penyakit berkaitan dengan salur darah dan jantung.

Pemeriksaan kesihatan ini telah memberikan saya AMARAN agar penambahbaikan perlu dilakukan dengan serta merta untuk memastikan keadaan kesihatan saya akan lebih baik di masa akan datang. Selain itu juga, saya terus mencari maklumat-maklumat cara menurunkan kolesterol dalam badan untuk saya praktikkan dalam kehidupan seharian.

Sekiranya anda mempunyai kadar kolesterol dalam darah yang tinggi tanpa menghadapi masalah atau penyakit yang lain. Ada dua perkara yang boleh kita lakukan untuk menurunan kadar kolesterol dalam darah iaitu dengan perubahan cara hidup dan juga perubahan pemakanan.

Perubahan Cara Hidup

Terdapat beberapa perubahan yang boleh dilakukan oleh orang yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dalam badan. Cara pertama yang perlu dipraktikkan adalah dengan perubahan cara hidup.

Perubahan cara hidup termasuklah:

  1. Senaman : Bersenam 2 jam setengah setiap minggu dapat membantu meningkatkan HDL dan menurunkan LDL. 
  2. Berhenti merokok
  3. Menurunkan berat badan

Perubahan cara pemakanan

Tidak dinafikan bahawa makanan adalah sumber utama kolesterol berlebihan dalam badan kita. Oleh itu kita perlu mengubah gaya pemakanan kita agar kadar kolesterol dalam badan kita dapat dikawal dan mengelakkan risiko penyakit yang lebih berbahaya. Terdapat 12 jenis makanan yang boleh amalkan dan 7 jenis makanan yang perlu kita elakkan untuk menurunkan kolesterol dalam badan kita.

12 Jenis makanan untuk menurunkan kolesterol.

  1. Oat
  2. Kekacang
  3. Minyak Zaiton
  4. Soya 
  5. Marjerin
  6. Bawang Putih
  7. Halia
  8. Bayam
  9. Avokado
  10. Teh
  11. Ikan / Salmon
  12. Buah-buahan


Ini adalah sebahagian daripada makanan yang perlu kita amalkan untuk menurunkan kolesterol. Secara umumnya, makanan yang mempunyai kadar serat yang tinggi baik untuk menurunkan kolesterol kerana serat ini akan membantu untuk mengeluarkan koelsterol dari dalam badan. Selain itu. Selain itu menambahkan makanan yang mengandungi LDL juga akan dapat membantu dalam mengeluarkan kolesterol dari dalam badan.

7 Makanan yang biasa kita makan dan boleh meningkatkan kolesterol:

  1. Ayam goreng
  2. Burger
  3. Hati Ayam
  4. Kuning Telur
  5. Makanan laut
  6. Keju 
  7. Kek


Ok?

Apa yang cuba disampaikan adalah kita hendaklah sentiasa peka dengan kesihatan kita. Buatlah pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali untuk melihat status kesihatan anda. Jika anda mengalami masalah sama sperti saya, inilah masa untuk kita mengubah cara hidup dan juga pemakanan kita.

Inilah antara perkara yang saya sendiri sedang praktikkan untuk menurunkan kolesterol dalam badan. saya. Saya harap ianya akan berhasil dan dalam masa 6 bulan akan datang saya akan buat pemeriksaan kesihatan semula untuk melihat perkembangan kadar kolesterol dalam badan.

Jadi..

Bila kali terakhir anda periksa paras kolesterol anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top