WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Pengiraan Harga Petrol dan Diesel Di Malaysia


Cara Pengiraan Harga Petrol Di Malaysia. Malaysia telah mula menggunakan Sistem Apungan Terurus bagi menentukan harga sejak tahun 2014 lagi. Melalui sistem ini, harga minyak petrol dan diesel di Malaysia akan ditentukan berdasarkan 2 kriteria utama iaitu harga minyak dunia dan juga nilai tukaran matawang negara. Kedua-dua perkara ini memainkan peranan utama dalam menentukan harga minyak RON95, RON97 dan diesel sejak Sistem Apungan Terurus diperkenalkan.

Ini sekaligus memberitahu kita bahawa sekiranya harga minyak dunia menurun, tidak semestinya harga minyak di Malaysia akan murah dan begitu juga sebaliknya. 


Apa yang saya faham, Sistem Apungan Terurus ini dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism (APM). Pengiraan harga minyak petrol dan diesel dengan menggunakan kaedah ini juga mengambil kira faktor-faktor lain iaitu:
  • Harga Mean of Platt Singapore (MOPS) - perlu ditukarkan mengikut nilai matawang semasa
  • Kos operasi (9.58 sen/liter)
  • Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
  • Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
  • 'Alpha' iaitu perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)
Kesimpulannya, harga minyak petrol ditentukan dengan formula:

MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia

Saya juga ingin kongsikan 2 penerangan daripada YB Khairy Jamaluddin dan YB Rafizi Ramli berkaitan cara pengiraan harga petrol di Malaysia. Kedua-duanya menerangkan fakta yang sama :-)


Manakala ini pula cara pengiraan harga petrol di Malaysia yang dikongsikan oleh YB Rafizi Ramli. 



Ok? 

Begitulah cara pengiraan harga petrol dan diesel di MalaysiaApa yang saya harapkan adalah setiap kali pengumuman harga minyak petrol diumumkan setiap bulan, pengumuman itu disertakan sekali dengan cara pengiraan bagaimana harga tersebut di perolehi. Dengan cara begini rakyat pasti akan lebih faham dan nampak lebih telus.

Sebagai pengguna, tidak banyak yang kita boleh lakukan untuk mempengaruhi harga minyak petrol dan diesel di Malaysia. Sebagai permulaan, jadilah pengguna yang bijak dalam pengurusan kewangan. Itu sahajalah perkara yang boleh kita lakukan.

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking