WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Menggosok Gigi Dengan Betul


Semua orang sudah mula menggosok gigi sejak dari kecil lagi. Tetapi pernahkah kita semak sama ada cara kita menggosok gigi itu adakah mengikut cara yang betul atau tidak? Menggosok gigi dengan cara yang betul adalah sangat penting untuk memaksimumkan perlindungan gigi dan penjagaan kebersihan gigi kita. Kebersihan gigi bukanlah tanggungjawab doktor gigi, tetapi kebersihan dan penjagaan gigi adalah tanggungjawab individu itu sendiri.

Menggosok gigi dengan betul terdiri daripada beberapa perkara asas iaitu berkaitan kekerapan yang terbaik untuk menggosok gigi, cara menggosok gigi dan juga jenis berus gigi yang digunakan.


Kekerapan Menggosok Gigi

Setiap hari kita digalakkan untuk memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali dan secara optimumnya 3 kali. Tetapi jika anda mampu untuk menggosok lebih kerap tiada sebarang halangan untuk anda dan ini akan menjadikan mulut anda sentiasa bersih. Jika anda tiada masa untuk menggosok gigi, anda boleh memilih untuk gosok gigi selepas bangun tidur dan juga sebelum tidur.

Jangka Masa Menggosok Gigi

Ada sebahagian doktor gigi mencadangkan kita harus menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 minit dan ada sebahagiannya mencadangkan sekurang-kurangnya 3 minit. Secara umumnya, masa yang diambil untuk menggosok gigi melambangkan kesempurnaan seseorang itu menggosok gigi. Jika menggosok gigi hanya mengambil masa 30 saat, berkemungkinan besar banyak kawasan dalam mulut dan gigi tidak dibersihkan dengan sempurna.

Jenis Ubat Gigi

Bagi orang dewasa, ubat gigi yang terbaik adalah ubat gigi yang florida. Florida di dalam ubat gigi membantu dalam mencegah pembentukan plag pada gigi serta melindungi gigi. Ubat gigi berflorida hanya tidak boleh digunakan bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah dan juga untuk orang yang mempunyai alahan terhadap florida.

Pemilihan Berus Gigi

Berus gigi biasanya terdiri daripada beberapa peringkat iaitu Ultra Soft, Soft, Medium dan Hard. Pilih berus gigi dengan kekerasan berus sesuai dengan gusi anda. Berus yang terlalu keras boleh menyebabkan gusi anda berdarah dan luka manakala jika memilih berus yang terlalu lembut boleh menyebabkan gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna. 

Cara Menggosok Gigi

Menggosok gigi memerlukan beberapa teknik tertentu untuk memastikan gigi dapat dibersihkan dengan baik. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menggosok gigi:

  1. Gunakan ubat gigi dengan kadar yang sederhana. Jika ubat gigi terlalu banyak, anda akan mudah untuk meludah keluar. Dan sekiranya terlalu sedikit akan menyukarkan proses memberus gigi. Cukup sekadar memenuhi permukaan hujung berus dengan lapisan nipis ubat gigi.
  2. Mulakan menggosok gigi dibahagian hadapan dengan menggosokkan berus ke atas dan ke bawah atau dengan membuat bulatan. Tidak digalakkan untuk menggosok gigi dengan cara menggosokkan berus bersilangan dengan arah gigi tumbuh (gosok secara horizontal).
  3. Pastikan setiap kawasan gigi digosok lebih kurang 15 saat. Anda juga boleh membahagikan kawasan mulut anda kepada 4 bahagian iaitu bahagian kanan (depan dan belakang) dan bahagian kiri (depan dan belakang). Peruntukkan masa lebih kurang 30 saat untuk setiap bahagian.
  4. Jangan lupa untuk menggosok permukaan gigi yang menggigit (gigi geraham) dan bahagian dalam gigi. Bahagian dalam gigi adalah kawasan yang paling kerap tertinggal semasa memberus gigi.
  5. Gosok permukaan lidah dengan berus gigi perlahan-lahan. Menggosok lidah dapat mengelakkan dari nafas anda berbau. Jangan gosok terlalu kuat untuk mengelakkan kecederaan.
  6. Kumur-kumur dengan air yang bersih.
  7. Bersihkan berus gigi dengan air yang mengalir dan simpan / gantungkan ditempat yang kering. Pastikan erus gigi dibasuh sehingga bersih untuk membuang segala kotoran dan mengelakkan daripada bakteria membiak pada berus gigi kita.
Pastikan anda menukar berus gigi anda beberapa bulan sekali atau setelah bulu berus gigi mula melengkung dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ok.

Itulah cara untuk menggosok gigi dengan betul. Seperti yang saya maklumkan di awal tadi, menggosok gigi adalah tanggungjawab individu terhadap diri mereka sendiri. Menggosok gigi dengan baik akan dapat mengeratkan hubungan sesama manusia dan meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai.


0 comments:

Catat Ulasan

click tracking