Kita tidak akan sesat selagi mana kita sentiasa mengikuti ajaran Al Quran dan juga sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Sunnah nabi meliputi pelbagai perkara dalam kehidupan seharian dan termasuk juga dengan cara makan yang betul. Adab makan juga dapat melambangkan hati budi seseorang itu, oleh itu panduan dan adab yang betul semasa makan adalah sangat penting untuk membentuk diri seorang muslim dan mukmin yang sejati.
Pada kali ini saya akan kongsikan 7 cara makan mengikut sunnah Rasullullah S.A.W.Â
Mulakan dengan Basmalah.
Bagi mendapatkan keberkatan rezeki, kita hendaklah sentiasa memulakan segala perbuatan kita dengan bacaan Basmalah termasuklah semasa mula makan. Orang yang makan tanpa membaca Basmalah akan sukar untuk kenyang kerana syaitan makan bersama orang yang tidak membaca Basmalah. Lebih baik lagi, mulakan dengan bacaan doa makan.
Makan dengan tangan kanan
Perkara yang baik perlu dilakukan dengan tangan kanan. Tangan kanan adalah tangan untuk melakukan perkara yang bersih dan baik seperti bersalaman dan makan. Manakala tangan kiri digunakan untuk perkara yang kotor seperti istinjak dan sebagainya. Jadi, makanlah dengan tangan kanan walaupun anda kidal sekalipun.
Tidak mencela makanan
Makanan adalah rezeki daripada Allah. Jangan sesekali mencela atau merungut dengan makanan yang ada. Ini adalah sebagai salah satu tanda bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan. Â
Tidak makan sambil berbaring
Makan sambil baring bukan sahaja tidak sopan, malah dari segi kesihatan juga tidak baik untuk sistem penghadaman.
Makan makanan yang berhampiran dengan kita terlebih dahulu
Nabi mengajar umatnya supaya bersopan semasa makan terutanya makan dalam kumpulan. Menghulur tangan semata-mata untuk mengambil lauk yang berada jauh dari kita adalah sesuatu yang kurang sopan untuk dilakukan. Jadi mulakan makan dengan makanan yang berhampiran dengan kita.
Menjilat jari setelah selesai makan
Ada orang yang menganggap perbuatan menjilat jari adalah perbuatan yang menggelikan dan tidak sedap dipandang. Â Anggapan ini sebenarnya kurang berasas kerana Nabi sendiri mengajar umatnya untuk menjilat jari selepas makan. Tetapi pastikan anda telah selesai makan barulah menjilat jari.
Akhiri dengan bacaan Alhamdulillah
Cara paling mudah untuk bersyukur adalah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Alhamdullillah adalah kalimah paling ringan untuk disebut tetapi banyak memberikan manfaat kepada kita. Jika nak lebih baik lagi, bacalah doa selepas makan.
Ok?
Inilah sunnah yang paling mudah untuk kita amalkan dan mendapat pahala yang berpanjangan selagi mana kita mengamalkannya. Mudah bukan? Lakukanlah  dengan penuh ikhlas untuk mengikuti sunnah.Â
Saya juga ada sediakan sedikit video ringkas untuk tatapan anda berkaitan cara makan mengikut sunnah.Â
Terima kasih kerana membaca Cara Makan Mengikut Sunnah. Semoga kita mendapat manfaat bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan