Cara Mencegah Jangkitan Virus Zika


Malaysia telah dikejutkan dengan berita pesakit pertama dengan jangkitan Virus Zika. Pesakit tersebut dikatakan baru sahaja balik dari Singapura yang kini sedang berhadapan dengan masalah virus zika yang agak serius. Secara umumnya, jangkitan virus zika tidak mempunyai kesan yang teruk kepada tubuh badan manusia. 



Orang yang menghidap virus zika akan mengalami gejala seperti demam biasa seperti demam, pening kepala, mata merah, ruam dan sakit sendi. irus tersebut didapati boleh tinggal di dalam badan manusia berbulan lamanya, enam bulan bagi lelaki dan dua bulan bagi wanita.

Kes kematian oleh kerana virus Zika amat jarang sekali berlaku tetapi Virus zika sangat ditakuti kerana ianya boleh memberi risiko kecacatan yang tinggi kepada bayi dalam kandungan.

Virus Zika boleh merebak melalui 4 cara iaitu:
  • Gigitan nyamuk yang membawa virus zika
  • Daripada ibu kepada bayi dalam kandungan
  • Melalui hubungan kelamin
  • Melalui perpindahan darah (tidak pasti kesahihannya)

Mendengar berita ini, saya sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada wabak seperti ini. Semoga kita semua terhindar daripada penyakit ini. Aminn. Walaubagaimanapun, kita hendaklah berusaha semampunya untuk mencegah daripada dijangkiti virus zika ini. Antara perkara yang boleh kita lakukan adalah: 

  • Pakai pakaian yang labuh dan panjang untuk mengelakkan dari digigit nyamuk
  • Kurangkan aktiviti luar
  • Jaga kebersihan kawasan rumah
  • Jauhi kawasan jangkitan virus zika
  • Lakukan hubungan seks dengan selamat
  • Gunakan penghalau nyamuk semasa keluar rumah




Saya harap kita semua akan dilindungi daripada jangkitan virus Zika ini. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top