Cara Membuat Tempahan Cenderahati Secara Online Di Printcious


Cara Membuat Tempahan Cenderahati Secara Online. Majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan dan pelbagai majlis lagi pastinya tidak meriah tanpa cenderahati kepada para tetamu. Lebih menarik lagi jika cenderahati tersebut tertulis tentang majlis yang anda kendalikan. Tahukah anda bahawa cenderahati bagi majlis-majlis tersebut boleh ditempah secara online? Dan lebih menarik lagi, anda boleh design sendiri cenderahati anda mengikut majlis yang anda anjurkan. Baru-baru ini saya diperkenalkan dengan satu laman web untuk tempahan cenderahati online iaitu di Printcious.my

Memperkenalkan Printcious

Pertama kali mendengar nama laman web ini saya terbayangkan perkataan yang sering disebut dalam cerita Lord Of The Ring iaitu "My Precious..". Perkataan Printcious ini sebenarnya diambil daripada perkataan Printing dan Precious yang juga membawa maksud Print Your Precious Gift. Itulah moto yang diketengahkan oleh Printcious.my yang mana kita boleh membeli pelbagai jenis cenderahati seperti mug, t shirt, bantal, frame gambar dan banyak lagi melalui Printcious.my. Untuk melihat senarai penuh cenderahati yang boleh ditempah, anda boleh lihat di laman web Printcious.my


Pelbagai jenis cenderahati boleh anda pilih.

Apa Kelebihan Printcious.my berbanding laman web lain?

Pada saya, kelebihan utama Printcious berbanding laman web lain adalah dari segi pilihan barangan yang boleh dibeli dan juga kebolehan pengguna untuk membuat design mereka sendiri. Sebagai contoh, saya ada sediakan satu design ringkas untuk t shirt. Design tersebut saya sediakan hanya kurang dari 10 minit! Jom saksikan contoh video cara saya guna 'create tool' dalam Printcious.my.




Ok?

728 x 90

Mudah bukan?

Kita bukan sahaja boleh buat design tshirt kita sendiri, malah semua jenis cenderahati boleh kita buat mengikut citarasa kita dan keperluan majlis sekiranya anda ingin buat untuk majlis yang anda anjurkan. Jika anda tiada idea untuk membuat design sendiri, anda boleh customize berdasarkan design yang sedia ada dengan menekan butang pencil kecil pada design yang anda minati.




Bagaimana dengan harga?

Harga yang ditawarkan amat berpatutan. Jika anda membeli kuantiti melebihi 20, anda akan dapat harga yang istimewa daripada Printcious. Ini amat sesuai untuk anda yang ingin buat cenderahati bagi majlis perkahwinan dan lain-lain majlis.

Ok.

Pada saya Printcious.my adalah salah satu laman web yang terbaik dalam menyediakan cenderahati atau hadiah secara online mengikut keperluan dan design yang anda perlukan. Pelbagai jenis hadiah dan cenderahati boleh dipilih serta dengan 'create tool' yang mudah untuk digunakan, pastinya Printcious menjadi pilihan hati saya. Sesuai dengan tag line mereka:




Anda juga boleh dapatkan hadiah dengan 'air tangan' anda sendiri di Printcious.my :-) 


728 x 90

Terima kasih kerana membaca Cara Membuat Tempahan Cenderahati Secara Online Di Printcious. Kongsikan pengalaman anda menggunakan Printcious di ruangan komen ye :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top