Cara Buat Durian Crepe Paling Mudah dan Ringkas


Sebagai seorang penggemar durian, musim durian adalah antara musim buah yang saya sentiasa nanti-nantikan setiap tahun. Musim durian di Malaysia biasanya bermula pada bulan Jun dan berlarutan sehingga September. Biasanya pada awal musim, harga durian akan lebih mahal berbanding apabila dipertengahan musim di mana pengeluaran durian pada tahap kemuncak.

Selain daripada dimakan begitu sahaja, buah durian juga boleh dipelbagaikan untuk dijadikan hidangan lain seperti tempoyak, kuih muih dan juga pencuci mulut. Salah satu pencuci mulut daripada durian yang saya gemari adalah durian crepe. Durian crepe secara ringkasnya adalah campuran durian dan krim yang kemudiannya di bungkus dengan lapisan lempeng yang nipis. 

Ok. 

Pada kali ini saya nak kongsikan 10 blog teratas yang berkongsikan cara buat durian crepe dan daripada 10 blog tersebut saya akan olah sendiri resepi yang saya rasakan resepi yang dikongsikan adalah paling mudah untuk diikuti untuk kita sediakan di rumah. Ini adalah 10 blog teratas dalam carian kata kunci cara buat durian crepe:



Berdasarkan rujukan-rujukan dari blog di atas, secara kesimpulannya, resepi untuk buat durian crepe paling mudah dan ringkas adalah dengan menggunakan bahan-bahan berikut:

Untuk Isi:

Isi durian yang telah dibuangkan biji (lagi banyak lagi bagus)
Whipping Cream untuk dipukul sehingga menjadi gebu.
Essence Vanila (jika ada)

Campurkan Whipping cream dan essence vanilla dan pukul dengan menggunakan mesin sehingga gebu.


Untuk Kulit:


250 gram Tepung Gandum
3 biji telur
Lebih kurang 500ml santan atau susu segar (bergantung kepada kepekatan bancuhan)
Sedikit garam
Pewarna kuning atau hijau pandan (jika ada)


Campurkan semua bahan untuk kulit dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika terlalu pekat akan menyebabkan kulit crepe anda terlalu tebal, jika terlalu cair akan menyebabkan kulit crepe anda sukar untuk diangkat dan mudah koyak. Lebih mudah lagi, gunakan kuali tidak melekat untuk dapatkan permukaan kulit crepe yang cantik. Kulit tidak perlu diterbalikkan.

Setelah selesai sediakan kulitnya, bentangkan kulit tersebut dan letak lapisan cream di bawah dan lapisan durian di atasnya dan kemudian lipatkan kulit mengikut citarasa anda.

Simpan durian crepe yang telah siap di dalam peti sejuk untuk 15 hingga 30 minit sebelum menikmati kelazatan durian crepe buatan anda sendiri :-)

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Durian Crepe Paling Mudah dan Ringkas. Dah buat durian crepe jangan lupakan jiran sebelah ye :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top