Cara Solat Sunat Gerhana

cara solat sunat gerhana

Solat Sunat Gerhana merupakan solat yang dilakukan semasa berlakunya fenomena Gerhana. Ianya disunatkan untuk kedua-dua jenis gerhana iaitu Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari. Hukum menunaikan solat sunat gerhana adalah Sunat Muakkad. Cara mengerjakan solat sunat gerhana ini boleh dilakukan secara sendirian tetapi lebih utama atau afdal jika dilakukan secara berjamaah.

Waktu mengerjakan solat sunat gerhana adalah ketika gerhana sedang berlaku. Sebaik sahaja gerhana berakhir, maka dengan sendirinya habis pula waktu untuk mengerjakan solat sunat gerhana. Bacaan dalam solat sunat gerhana matahari sunat untuk diperlahankan sepertimana solat fardhu zohor dan Asar, manakala bacaan solat sunat gerhana bulan sunat dikuatkan sepertimana solat fardhu Maghrib, Isyak dan Subuh.

Syarat sah solat dan rukun-rukun dalam mengerjakan solat sunat gerhana adalah sama seperti solat fardhu 5 waktu.

Solat sunat gerhana boleh dilakukan dengan 2 cara:


  1. Solat sunat 2 rakaat seperti biasa dengan niat solat sunat gerhana matahari atau gerhana bulan
  2. Solat sunat 2 rakaat dengan 4 kali rukuk dengan niat solat sunat gerhana matahari atau gerhana bulan.
Walaubagaimanapun, cara kedua adalah lebih baik daripada cara yang pertama.


Cara Solat Sunat Gerhana Matahari

  • Menghadap kiblat, berdiri lurus, dan niat semasa takbiratul ihram
"Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala"

  • Kemudian disunatkan baca doa iftitah.
  • Kemudian baca surah Al-Fatihah
  • Kemudian baca surah lain
  • Kemudian rukuk serta toma'ninah dan bertasbih 
  • Kemudian iktidal dan membaca surah Al-Fatihah sekali lagi dan surah 
  • Setelah itu rukuk sekali lagi dengan toma'ninah dan bertasbih
  • Kemudian iktidal dan diteruskan dengan 2 kali sujud seperti biasa.
  • Begitu juga dengan rakaat ke dua (dilakukan dengan 2 kali rukuk)

Cara Solat Sunat Gerhana Bulan


  • Menghadap kiblat, berdiri lurus, dan niat semasa takbiratul ihram
"Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala"

  • Kemudian disunatkan baca doa iftitah.
  • Kemudian baca surah Al-Fatihah
  • Kemudian baca surah lain
  • Kemudian rukuk serta toma'ninah dan bertasbih 
  • Kemudian iktidal dan membaca surah Al-Fatihah sekali lagi dan surah 
  • Setelah itu rukuk sekali lagi dengan toma'ninah dan bertasbih
  • Kemudian iktidal dan diteruskan dengan 2 kali sujud seperti biasa.
  • Begitu juga dengan rakaat ke dua (dilakukan dengan 2 kali rukuk)
Terima kasih kerana membaca Cara Solat Sunat Gerhana. Begitulah cara untuk melaksanakan solat sunat gerhana. Bagi yang tidak pernah melakukannya, anda digalakkan untuk melaksanakannya sekiranya berlaku gerhana. 
Back To Top