Cara Pembayaran Cukai Tanah Secara Online

Cara Pembayaran Cukai Tanah Secara Online

Bagi sesiapa yang mempunyai tanah sendiri, setiap tahun kita perlu membayar cukai tanah bagi tanah tersebut. Bayaran mesti di langsaikan sebelum bulan Mei setiap tahun. Sebelum ini, ramai orang beratur di Pejabat Tanah untuk membayar cukai tanah, tetapi kini, ada cara yang lebih mudah untuk membayar cukai tanah iaitu dengan membuat pembayaran secara online.

Ok.

Sebelum ini saya sendiri terpaksa mencari masa dan beratur di kaunter pejabat tanah untuk membayar cukai tanah. Semasa beratur di kaunter pembayaran saya ada terperasan satu banner yang memaklumkan bahawa bayaran cukai tanah boleh dibayar secara atas talian! Ini sememangnya sesuatu yang saya suka kerana ianya menjimatkan masa dan tenaga saya.

Kemudian saya cari di internet dan dapati bukan sahaja bayaran cukai tanah di Johor yang boleh dilakukan melalui atas talian, tetapi hampir semua pejabat tanah negeri ada menyediakan bayaran cukai tanah secara atas talian.

Di sini saya kongsikan link-link laman web bagi pembayaran cukai tanah di setiap negeri.  


Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mendaftar secara percuma di platform bayaran cukai tanah negeri anda. Sebagai contoh, saya mendaftar di platform bayaran cukai tanah negeri Johor di - https://onlinepayment.johor.gov.my

Masukkan maklumat diri anda dan anda akan diberikan link pengaktifan melalui email yang anda daftarkan. 

Kemudian anda sudah boleh membayar menggunakan platform tersebut. ;-) Mudah dan menjimatkan masa! Platform pejabat tanah negeri lain mungkin ada sedikit perbezaan, tetapi secara asasnya tetap sama iaitu anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Terima kasih kerana membaca Cara Pembayaran Cukai Tanah Secara Atas Talian. 


Lazada Malaysia
Back To Top