WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Buat Aiskrim Popsicle Sendiri dengan Mudah dan Sedap!

Cara Buat Aiskrim Popsicle Sendiri

Cara Buat Aiskrim Popsicle. Hampir semua orang sukakan aiskrim. Tambahan lagi jika di waktu musim kemarau. Aiskrim sebenarnya boleh dibuat sendiri di rumah. Saya sendiri selalu buat aiskrim di rumah terutamanya aiskrim Malaysia. Jika anda nak tahu cara buat aiskrim sendiri atau cara untuk buat aiskrim Malaysia yang lembut, anda boleh baca artikel tentang cara buat aiskrim sendiri - Link.

Ok.

Pada kali ini saya akan kongsikan satu lagi jenis aiskrim yang boleh kita buat sendiri di rumah iaitu Aiskrim Popsicle atau Aiskrim Pop. Apa itu Aiskrim Popsicle? Jom tengok gambar-gambar ini.




Nampak segar, sedap dan cantikkan?

Oh ya, gambar di atas tu adalah sekadar hiasan. Bukan saya yang buat. Saya cuma nak bagi anda faham apa yang dikatakan aiskrim popsicle dan seterusnya bagaimana kita boleh buat sendiri aiskrim popsicle di rumah.

Sebenarnya, untuk membuatnya juga amatlah mudah. 

Tetapi sebelum itu alatan yang diperlukan adalah:

Senang cerita bekas untuk buat aiskrim dan biasanya disediakan dengan batangnya sekali. Ini bermakna kita boleh gunakannya berulang kali ;-) Ini adalah contoh Popsicle Mold yang ada dijual di Lazada



Harga Popsicle Mold yang dijual di Lazada juga tidak terlalu mahal hanya dalam lingkungan RM20 - RM70 mengikut bentuk. Lagi cantik bentuk, pastinya lagi mahal harganya.


Cara Buat Aiskrim Popsicle Sendiri
Lihat Banyak Lagi Pilihan Popsicle Mold di Lazada

2. Juicer

Alat kedua yang diperlukan adalah Juicer. Juicer adalah mesin yang digunakan untuk membuat jus daripada buah buahan. Jika anda masih tidak mempunyai juicer di rumah, anda boleh beli di Lazada atau di mana-mana pasar raya berhampiran. Jika nak beli Hurom Slow Juicer yang di jual Go Shop pun boleh ;-). Tapi pada saya, beli Juicer untuk buat smooties berharga RM50 pun dah cukup untuk buat Aiskrim Popsicle ini. Contoh juicer yang ada dijual di Lazada:


Cara Buat Aiskrim Popsicle Sendiri
Lihat Banyak Lagi Pilihan Juicer di Lazada

Ok.

Dah cukup alatan yang kita perlukan untuk buat Aiskrim Pop ni.

Sekarang bergantung kepada kreativiti anda dan juga perasa yang anda mahukan. Sebagai contoh, kita akan buat aiskrim pop perisa orange dan strawberry.


Aiskrim pop perisa orange dan strawberry

Bahan-bahan yang diperlukan:


  • Beberapa biji oren
  • Beberapa biji strawberry
  • Sedikit Gula
  • Sedikit Air

Cara membuatnya:


  • Dengan menggunakan Juicer, buat jus oren dengan mencampurkan oren yang telah dikopek, gula dan sedikit air di dalam juicer.
  • Potong dadu beberapa biji strawberry.
  • Masukkan jus oren yang telah dibuat ke dalam popsicle mold anda.
  • Jika anda inginkan buah strawberry berada di bahagian atas aiskrim, masukkan terus buah strawberry yang telah didadu tadi.
  • Jika anda inginkan buah strwaberry bertaburan di dalam aiskrim, masukkan jus oren tadi ke dalam peti sejuk terlebih dahulu lebih kurang 30 minit. Kemudian baru masukkan strawberry yang telah didadu tadi.
  • Siap! Masukkan popsicle mold ke dalam peti sejuk beku dan tunggu sehingga ianya betul-betul keras.

Senang bukan?

Anda boleh tukarkan apa sahaja jenis jus dan buah buahan yang anda mahukan. Mangga, pisang, susu, apa sahaja yang anda inginkan. Anak-anak anda pasti akan sukakannya! Atau mungkin ini boleh anda jadikan sebagai bisnes aiskrim secara kecil-kecilan ;-)

Jika anda tidak ada popsicle mold, anda juga boleh menggunakan plastik aiskrim Malaysia sebagai ganti ;-)

Selamat mencuba!

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Aiskrim Popsicle Sendiri dengan Mudah dan Sedap. Dah cuba? Berikan komen anda di ruangan komen ;-)
click tracking