Cara Menambah Pendapatan Dengan Menjadi Mystery Shopper - Bukti Pembayaran

mystery shopper malaysia

Ada ke pekerjaan sebagai mystery shopper di Malaysia? Sebelum ini saya ada terangkan berkenaan cara bekerja sebagai mystery shopper di Malaysia. Bagi yang belum membaca artikel tersebut bolah baca dari pautan ini : Cara Bekerja Sebagai Mystery Shopper di Malaysia. Dan sejak menyertai program mystery shopping ini, saya sudah mendapat pelawaan untuk menjadi mystery shopper lebih kurang 5 atau 6 kali. Tetapi daripada tawaran itu hanya 2 yang sempat saya penuhi kerana kekangan masa dan juga lokasi. Sepertimana yang saya pernah beritahu dalam artikel berkaitan mystery shopping di Malaysia sebelum ini, pekerjaan ini amat berkait dengan lokasi di mana kita tinggal. 

Saya tinggal di kawasan kampung jadi kuranglah mendapat tawaran untuk mystery shopping tetapi saya yakin mungkin sesiapa yang menyertai program mystery shopper ini duduk di kawasan bandar akan mendapat tawaran yang lebih kerap. 

Ada dua jenis bisnes yang biasanya memerlukan mystery shopper iaitu perbankan dan juga syarikat yang mempunyai banyak franchise. Mystery shopping tidaklah memakan masa yang lama, paling lama pun mungkin dalam 30 minit. Bergantung juga kepada situasi yang perlu kita lakukan. Dan bayaran yang kita dapat adalah dalam lingkungan RM30-RM40 untuk satu premis. 30 minit untuk RM30. Tidak terlalu susah bukan? Satu lagi kebaikan menjadi mystery shopper adalah kita boleh lakukannya sambil kita berjalan-jalan di shopping mall kerana banyak kedai yang perlu dijalankan adalah terletak di dalam shopping mall. 

Ok. Inilah bukti pembayaran yang saya telah dapat dari AQ Malaysia Sdn Bhd.

mystery shopper malaysia

Alhamdulillah, saya sudah mendapat bayaran daripada kerja mystery shopping yang saya lakukan. Maaf kerana terpaksa blurkan nama kedai yang saya lakukan mystery shopper kerana menjadi polisi agen untuk merahsiakan kedai yang di lawati. Tetapi cuma saya nak beritahu saya telah berjaya mendapat 2 bayaran daripada AQ Malaysia Sdn Bhd kerana menjalankan 2 mystery shopping di kedai yang di arahkan. 

Bayaran dibuat terus ke akaun bank yang anda daftarkan.

Jika anda berminat boleh mendaftar di AQ Worldwide atau AQ Shopmetric Kedua-duanya adalah milik AQ Malaysia Sdn Bhd. Yang membezakan keduanya adalah jenis premis mystery shopping yang ditawarkan. 

Semoga membantu sesiapa yang ingin mendapatkan pendapatan tambahan dengan cara yang akan mudah.

Terima kasih kerana membaca Cara Menambah Pendapatan Dengan Menjadi Mystery Shopper. Jangan lupa untuk follow saya di Google+ dan Facebook sebagai tanda sokongan terhadap blog ini. Terima kasih.

1 ulasan:

  1. TQ atas info. Saya pun dah jadi mystery shopper dan dah dpt beberapa bayaran. Skrg stop sementara dulu sbb bz dgn kerja.

    BalasPadam

Back To Top