WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Bekerja Sebagai Mystery Shopper di Malaysia

cara bekerja sebagai mystery shopping di malaysia

Mystery Shopping adalah keadaan di mana syarikat-syarikat mengupah orang awam untuk laksanakan 'lakonan' bagi senario tertentu bertujuan untuk mengetahui prestasi dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Mystery Shopping biasanya dilakukan oleh syarikat-syarikat besar sama ada untuk tujuan penambahbaikan perkhidmatan atau terdapat sebarang aduan berkaitan perkhidmatan yang diberikan. Ini adalah penting untuk memastikan standard syarikat-syarikat tersebut sentiasa terjaga dan layanan kepada pelanggan adalah sepertimana yang ditetapkan oleh pihak syarikat. 

Siapa sangka bahawa kerja sebagai Mystery Shopper sudah mula bertapak di Malaysia. Ini adalah kerana semakin banyak syarikat antarabangsa yang mewujudkan franchise di Malaysia. Walaubagaimanapun, syarikat-syarikat besar di Malaysia juga telah mula mengupah orang awam untuk menjadi mystery shopper untuk syarikat mereka.

Syarikat yang paling banyak memerlukan mystery shopper adalah dari segi perkhidmatan kewangan dan yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunter. Contoh paling mudah adalah perbankan. Perbankan adalah antara institusi yang kerap menjalankan mystery shopping. Ini adalah untuk memastikan perkhidmatan yang dijalankan adalah sentiasa mengikut prosedur dan standard yang ditetapkan.

Di Malaysia, platform untuk sesiapa yang ingin menjadi Mystery Shopper ada disediakan di AQ Shopmetrics dan AQ Worldwide

Kedua-duanya adalah dari syarikat yang sama tetapi paltform AQ Shopmetrics lebih kepada Mystery Shopping bagi institut perbankan dan AQ Worldwide adalah lebih umum seperti kedai kasut, kedai telekomunikasi dan lain-lain.

Bagaimana Mystery Shopping di Malaysia berfungsi?

Jika terdapat sebarang job untuk anda, pihak AQ Shopmetrics atau AQ Worldwide akan hubungi anda sama ada melalui email atau melalui telefon. Anda kemudian perlu login pada akaun anda dan terima pelawaan itu sekiranya anda mampu melaksanakan dalam jangka masa dan tarikh yang ditetapkan. 

Jika anda terima pelawaan tersebut, panduan berkaitan mystery shopping yang perlu dijalankan akan diberikan. Dalam panduan tersebut, anda akan diberikan situasi yang perlu dilakonkan dan apa yang perlu anda perhatikan. 

Setelah itu, anda perlu laksanakan mystery shopping tersebut dan membuat laporan dalam masa 24 jam selepas mystery shopping dilaksanakan. Laporan biasanya dalam bahasa inggeris dan bergantung kepada setiap job, ada yang dalam bentuk objektif ataupun subjektif.

Berapa kerap anda boleh menjadi Mystery Shopper di Malaysia?

Tiada syarat ditetapkan untuk menjadi Mystery Shopper. Jika anda telah berdaftar di platform tersebut, setiap kali ada Mystery Shopping yang perlu dijalankan di kawasan anda, anda akan dimaklumkan. Bagi pendapat saya, orang yang duduk di kawasan bandar lebih berpeluang besar untuk dapat job kerana pelawaan untuk menjadi Mystery Shopper adalah bergantung kepada kedudukan kedai dan alamat yang anda daftarkan.

Ini bermakna, jika alamat yang anda daftarkan adalah alamat kampung yang jauhnya 50km dari alamat bandar terhampir, kebarangkalian anda terpilih untuk menjadi Mystery Shopper adalah tipis. Ini adalah kerana pihak AQ perlu memastikan anda melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Tetapi jangan pula anda meletakkan alamat yang palsu kerana jika anda tidak berjaya melaksanakan job yang ditetapkan, reputasi anda akan menurun.

Reputasi itu penting!

Pada permulaannya anda mungkin jarang mendapat pelawaan untuk menjalankan Mystery Shopping. Ini adalah kerana anda belum mempunyai reputasi dalam AQ lagi. Tetapi jika anda telah membuat beberapa lawatan dan laporan anda adalah memuaskan. Anda akan mendapat pelawaan dengan lebih kerap. Tetapi ianya tetap bergantung kepada kawasan anda tinggal.  

Siapa boleh sertai?

Sesiapa sahaja boleh sertai. Jika anda memerlukan pendapatan tambahan, anda boleh cuba untuk menjadi mystery shopper. Anda hanya perlu daftar di platform AQ Shopmetrics dan AQ Worldwide dan tunggu mereka hubungi anda. Tiada bayaran diperlukan. Kefahaman dan penulisan dalam bahasa inggeris diperlukan semasa membuat laporan. 

Berapa bayaran yang diberikan?

Bergantung kepada job yang diberikan. Tetapi biasanya adalah antara RM30 - RM40 bagi setiap kali anda lakukan mystery shopping. Bayaran adalah bergantung kepada jenis mystery shopping. Bayaran dilakukan terus ke akaun yang anda daftarkan.

Jika anda berminat untuk mencuba menjadi mystery shopper, anda boleh mendaftar di  AQ Shopmetrics dan AQ Worldwide

Selamat mencuba!

Terima kasih kerana membaca Cara Bekerja Sebagai Mystery Shopper di Malaysia. Berikan pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen.

1 ulasan: Leave Your Comments

  1. saya bekerja partime sbg mystery shopper utk sebuah syarikat di malaysia. cukup senang, just pilih tempat yang selalu kita pergi yg berdekatan tempat tggl kita, cth bank n stesen minyak, act as normal customer, buat urusan macam biasa n dibayar untuk setiap visit.. sbrg pertanyaan boleh contact sy 013-9985382

    BalasPadam

click tracking