Cara Kurangkan Berat Badan Dengan Teknik Paling Sempoi

cara kurangkan berat badan paling sempoi

Fakta yang sering didengari tentang cara untuk mengurangkan berat badan adalah dengan tidak memakan nasi atau karbohidrat langsung dan hanya mengambil makan yang banyak protien. Ini adalah apa yang diketengahkan oleh para pendiet Atkin. Bagi yang sememangnya tegar untuk bertahan tidak mengambil karbohidrat, anda boleh teruskan. Bagi yang tidak bersedia untuk menghapuskan diet karbohidrat, anda ada alternatif untuk mengurangkan berat badan. 

Cara ini juga adalah untuk anda yang:

  • sudah cuba pelbagai pil ajaib untuk kurus tetapi masih belum berkesan
  • tidak tahan untuk tak makan nasi
  • berat badan turut naik turun naik bukannya turun dan terus turun
  • letih nak beli baju baru dengan saiz yang sukar diperolehi dan tidak dapat mengikuti perkembangan fesyen 
  • nak kurus tapi nak jimat!
Cara yang akan dikongsikan amat sempoi tetapi perlu dilakukan secara konsisten. Memang akan lambat sedikit tetapi penurunan secara perlahan serta konsisten adalah lebih baik daripada tidak turun langsung.

Jangan berhenti makan!

Ya, betul apa yang anda baca. Jangan berhenti makan tetapi makan makanan yang seimbang dan berpatutan. Jika sebelum ini anda makan satu senduk nasi setiap waktu makan, kurangkan kepada setengah senduk. Makan dengan saiz hidangan yang kecil tetapi lebih kerap adalah lebih baik daripada mengambil hidangan bersaiz besar dalam waktu makan utama.

Jangan berhenti bersenam!

Sebab utama senaman tidak berkesan adalah kerana cara bersenam yang kurang tepat. Senaman yang tidak betul bukan sahaja menyebabkan anda gagal untuk kurus, malah boleh membahayakan fizikal anda. Jadi cari panduan yang betul dengan pergi ke gim atau dapatkan ebook formula kurus untuk bantuan cara senaman yang betul.

Berjalan dengan lebih kerap!

Bunyinya mudah tetapi jarang diamalkan oleh kebanyakan orang. Tambahan lagi dalam dunia teknologi sekarang, semua dapat diperolehi di hujung jari. Silap-silap jari sahaja yang kurus. Badan semakin membesar. Jika anda berminat untuk berjoging, masa yang paling sesuai untuk berjoging bagi menguruskan badan adalah diwaktu pagi.

Berbasikal dan berenang!

Berbasikal dan berenang adalah antara aktiviti yang memerlukan stamina yang tinggi dan dapat membakar lemak, meningkatkan stamina dan memberikan kesihatan kepada jantung anda.

Jika anda memerlukan maklumat yang lebih terperinci tentang cara mengurangkan berat badan dari A sampi Z anda perlu dapatkan ebook formula kurus kerana ianya ditulis oleh seseorang yang pernah menjadi gemuk dan telah berjaya mengurangkan berat badannya. Malah beliau akan menunjukkan cara-cara yang betul untuk memiliki bentuk badan yang ideal.


Terima kasih kerana membaca Cara Kurangkan Berat Badan Dengan Teknik Paling Sempoi. Ada sesuatu yang anda ingin kongsikan? Tuliskan diruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top