Mengikut pengalaman saya, ramai yang tampal roadtax pada cermin kereta dan kemudian mengalami kesukaran untuk buka bila road tax tersebut telah tamat tempoh. Pertama sekali adalah, road tax yang anda ada memang anti-kopek. Bermakna sekali anda dah tampal memang sukar untuk dikopek. Mungkin ini adalah salah satu ciri keselamatan yang ada pada road tax itu sendiri.
Anda mungkin pernah mengalami perkara ini dan cermin kereta anda kelihatan seperti ini apabila anda tanggalkan roadtax.
atau seperti ini..
Kalau kereta anda setakat kereta murahan mungkin bolehlah diterima. Tetapi jika anda memiliki kereta mewah tetapi cermin kereta kelihatan seperti ini, pastinya tidak sedap dipandang.
Sebenarnya ada cara yang mudah untuk menampal roadtax dan ianya akan dapat ditanggalkan tanpa meninggalkan apa-apa kesan gam.
- Sediakan plastik lutsinar yang nipis.
- Potongkan plastik lutsinar mengikut saiz road tax anda. Ini percuma saje.
- Kopek raodtax anda perlahan-lahan dan tampalkan pada plastik lutsinar tadi.
- Kemudian dengan menggunakan roadtax cover yang plastik (plastik yang boleh lekat tanpa gam tu), tampalkan pada cermin kereta anda.
Pasti anda tidak akan mengalami masalah untuk menanggalkan roadtax kereta anda lagi selepas ini.
Bagi yang mengalami masalah untuk menanggalkan road tax kereta, anda tidak perlu risau kerana ada cara untuk membantu anda menanggalkan road tax kereta anda.
Terima kasih kerana membaca Cara Menampal Road Tax Pada Cermin Kereta. Berikan komen dan pengalaman anda di ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan