Cara Update MIUI 7 pada Xiaomi Redmi Note 4G


Berita baik bagi pengguna Redmi 1S, Redmi 2, Mi3, Mi4, Mi4i, Redmi Note 3G dan Redmi Note 4G. Baru-baru ini, pada 24 Ogos 2015 lepas, MIUI 7 telah dilancarkan dengan ciri-ciri yang lebih menarik, penampilan yang lebih elegan dan kelancaran yang ditambahbaik.

Sedikit pengenalan berkenaan MIUI ROM. MIUI ROM bermula pada tahun 2010 sebagai ROM yang dibangunkan oleh sebuah komuniti. Ketika itu tiada lagi peranti yang menggunakan MIUI ROM. Ketika itu hanya pengguna android yang berani mencuba sesuatu yang baru sahaja yang berani untuk menukar ROM telefon mereka kepada MIUI ROM.

Setahun kemudian, iaitu pada tahun 2011, satu telefon pintar yang sepenuhnya menggunakan MIUI ROM (ketika itu MIUI V1) telah dikeluarkan. Dan dari situlah bermulanya perkembangan pesat MIUI ROM dan Xiaomi sehingga kini.

Antara ciri-ciri yang ditambah dalam MIUI 7 adalah:
Baca ciri-ciri penuh di laman rasmi pelancaran MIUI 7 dan Forum pelancaran MIUI 7

Bagi pengguna Xiaomi Redmi 1S, Redmi 2, Mi3, Mi4, Mi4i, Redmi Note 3G dan Redmi Note 4G, anda boleh memuat turun ROM MIUI 7 di forum rasmi MIUI.

Cara pemasangan juga amat mudah.

Langkah 1 : Buka laman muat turun MIUI 7 dan pilih peranti anda. 


Buat masa ini MIUI 7 hanya dikeluarkan bagi peranti Xiaomi Redmi 1S, Redmi 2, Mi3, Mi4, Mi4i, Redmi Note 3G dan Redmi Note 4G. 


Langkah 2 : Muat Turun ROM



Langkah 3 : Pindahkan ROM yang telah anda muat turun ke dalam telefon anda. Gunakan USB kabel.

Atau anda boleh gunakan Mi PC Suite untuk memindakah ke dalam telefon anda. Letakkan fail zip yang anda telah muat turun ke dalam [internal memory] folder [downloaded_rom].

Mi PC Suite


Langkah 4 : Buka Updater pada telefon anda dan pilih Choose Update Package.


Pilih fail zip yang telah anda muat turun tadi. 


Telefon anda akan reboot dan masuk ke dalam recovery untuk installation. Tunggu sehingga selesai. Untuk reboot pertama selepas update mungkin akan mengambil masa lebih kurang 10 minit.

Jika terdapat sebarang persoalan, boleh diajukan di ruangan komen.

Terima kasih kerana membaca Cara Update MIUI 7 pada Xiaomi Redmi Note 4G dan selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top