Cara Buat Blog Dengan Blogspot Secara Percuma


Jika anda mahu mempunyai blog anda sendiri tetapi tidak tahu dari mana mahu bermula, artikel ini adalah untuk anda. Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa anda boleh membuat blog secara percuma. Dan dalam artikel kali ini, kita akan belajar cara untuk membuat blog dengan menggunakan Blogger atau Blogspot.

Daripada survey ringkas yang saya jalankan melalui Toluna, keputusan awal mendapati kebanyakan daripadanya adalah mereka yang tidak mempunyai blog, tetapi ingin mempunyai blog. Ini berkemungkinan kerana mereka tidak mengetahui cara untun membuat blog. Kedua terbanyak adalah mereka yang mempunyai blog tetapi sudah lama tidak dikemaskini. Dan ada sebahagian lagi yang langsung tidak ingin mempunyai blog.





Berbalik kepada perkara yang dibincangkan, secara asasnya membuat blog di Blogger.com adalah percuma 100%. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan. Tetapi percuma dengan bersyarat. Syaratnya adalah blog kita akan menjadi subdomain kepada Blogger dan domain anda akan berbentuk begini:

Contoh:

domainanda.blogspot.com (percuma)

domainanda.com (berbayar)


Cara untuk membeli domain anda boleh rujuk cara beli domain di artikel cara tukar domain blogspot.


Langsung tidak salah untuk menjadi subdomain kepada Blogger, tetapi jika anda nak menjadikan blog anda kelihatan professional, dinasihatkan untuk mempunyai domain anda sendiri berbanding menjadi subdomain kepada Blogger. Untuk membeli domain, anda boleh pergi ke Godaddy.com, Bluehost.com atau syarikat tempatan seperti Webserver dan Yeahhost. 


Perkara pertama yang perlu kita ketahui adalah Blogger merupakan kepunyaan Google dan Blogger hanya menerima Gmail. Jadi jika anda belum mempunyai akaun Gmail, anda perlu buat sekarang.


Langkah 1 : Log Masuk ke dalam akaun Gmail anda


Langkah 2 : Masuk ke dalam Blogger.com


Biasanya Blogger akan terus dapat mengesan bahawa anda telah log masuk ke dalam akaun Gmail anda. Jika tidak, anda perlu log masuk menggunakan akaun Gmail anda.

Langkah 3 : Mula buat blog anda dengan menekan butang 'New Blog'

  
Ini adalah paparan utama muka tetapan semua blog anda di Blogger. 


Langkah 4 : Pilih nama blog anda dan pilih tema yang anda inginkan. 


Jangan risau, anda masih boleh tukar nama dan tema anda sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pilihan anda sekarang.




Seperti yang dikatakan diawal tadi, domain anda akan termasuk domain Blogger iaitu Blogspot.com.

Langkah 5 : Ini adalah paparan tetapan untuk blog yang anda baru buat.




  1. Overview : Ini adalah ringkasan pencapaian trafik blog anda
  2. Posts : Pautan ini adalah untuk buat blog post baru dan melihat semua blog post yang anda tulis
  3. Pages : Pautan ini adalah untuk mukasurat blog anda seperti muka untuk 'Tentang Blog', Hubungi dan sebagainya
  4. Comments : Pautan untuk menguruskan komen dalam blog anda
  5. Google + : Pautan untuk menghubungkan akaun Google + anda dengan Blogger
  6. Stats : Pencapaian trafik bagi blog anda dengan lebih terperinci
  7. Earnings : Pautan untuk blog anda dihubungkan dengan Adsense dan pendapatan anda di Adsense
  8. Campaign : Jika anda mahu iklankan blog anda si Adwords, anda boleh buat di pautan ini
  9. Layout : Ini adalah untuk anda mengubah susun atur tema anda
  10. Template : Ini adalah untuk anda buat backup tema anda, tukar tema blog dan edit tema blog anda
  11. Settings : Tetapan blog anda. Jika anda ingin menukar domain anda, di sinilah tempatnya

Langkah 6 : Tulis blog post anda yang pertama


Tekan pautan Posts dan Create a new post. 


Ini adalah ruangan untuk anda menulis artikel anda. Di sinilah anda perlu mengeluarkan semua idea-idea kreatif anda untuk dibaca oleh semua orang apabila ianya diterbitkan. Pastikan artikel anda unik dan dapat membantu orang ramai. Tapi jika blog anda berkaitan diri anda sendiri bergantunglah kepada cerita anda sendiri. Apa yang penting anda tulis sendiri artikel anda. Jangan lakukan copy paste! Rujuk gambar di atas:

  1. Compose : Di sinilah anda akan tulis semua artikel anda. 
  2. HTML : Bagi yang pandai menggunakan kod html, anda boleh edit di sini. Atau jika anda nak embed sesuatu, anda perlu embed di sini.
  3. Font : Anda boleh pilih format font anda di sini, tetapi anda tidak boleh tukar jenis font yang digunakan kerana font adalah bergantung kepada tema yang anda gunakan. Untuk menukar font, anda perlu tukar di template tema.
  4. Anda boleh buat hyperlink, letakkan gambar dan video ke dalam artikel anda. Gambar dan video boleh dimuatnaik dari komputer anda atau pun dari Youtube.
  5. Label : Label adalah penting untuk kategorikan artikel yang anda telah tulis.
  6. Schedule : Anda juga boleh memilih tarikh dan masa tertentu untuk anda terbitkan artikel anda.
  7. Permalink : Permalink adalah link bagi artikel anda apabila ianya telah diterbitkan. Anda boleh memilih auto atau manual.
  8. Location : Anda boleh tag lokasi di mana anda semasa menulis artikel.
Tugas utama anda sebagai blogger adalah untuk menulis, menulis dan menulis artikel mengikut konsep yang anda pilih. Inilah asas untuk anda membuat sebuah blog di Blogger.com. 

Persoalan-persoalan lain boleh anda kemukakan di raungan komen. Dan artikel lain berkenaan blogging di Blogger.com akan menyusul kemudian.

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Blog Dengan Blogspot Secara Percuma. Berikan komen dan pendapat anda serta kongsikan dengan kawan-kawan.

Selamat mencuba!

3 ulasan:

Back To Top