Siapa Saya?



Kenali Admin

  • Nama saya Mohd Zahran dan dilahirkan ke dunia pada tahun 1986
  • Saya suka dikenali sebagai thehaikal
  • Tempat kelahiran di Muar, Johor
  • Mula bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Air Hitam Batu 18 Muar, Johor.
  • Kemudian bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Hitam Batu 15, Muar Johor 
  • Mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi di Universiti Teknologi Mara pada tahun 2009.
  • Sangat meminati gajet, komputer, internet, blogging dan yang sewaktu dengannya.
  • Dalam kebanyakan masa suka berdiam diri dan berfikir
  • Blogging adalah hobi saya
  • Tujuan utama saya buat blog ini dibuat adalah sebagai rujukan diri saya sendiri. Tetapi saya lebih gembira jika blog ini sedikit sebanyak dapat membantu orang lain juga.

Jadi, Siapa Wikicara?

Blog WikiCara  ini disediakan sebagai platform untuk perkongsian kompilasi pelbagai cara. Saya akui tidak semua perkara saya tahu. Tetapi dalam masa ke semasa saya akan kongsikan apa-apa yang saya pelajari sama ada melalui pengalaman ataupun melalui pembacaan dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, kebanyakan daripada cara yang dikongsikan di dalam laman sesawang ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan sebahagian lagi adalah berdasarkan pembacaan dan kajian ringkas saya. Bagi perkara yang di luar kemampuan kepakaran dan pengalaman saya, saya akan berikan pautan bagi cara melakukan perkara tersebut dari laman web atau blog lain. Saya akan sedaya upaya sentiasa memberikan maklumat yang benar dan sahih. Walaubagaimanapun saya tidak menjamin 100% segala perkongsian yang ada dalam laman ini adalah sesuai untuk semua orang dan segala kekurangan saya terlebih dahulu mohon maaf.

Apa matlamat Wikicara?

Matlamat saya adalah untuk menjadi sumber rujukan utama rakyat Malaysia untuk melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, jika ada seseorang yang mahu tahu cara untuk mengatasi stress, mereka boleh terus ke wikicara.org dan taipkan 'Stress' dan  semua panduan dan cara untuk mengatasi stress akan tersenarai. Begitulah harapan jangka masa panjang saya. 

Apa yang anda boleh sumbangkan?

Saya berharap anda boleh membantu dalam membina portal rujukan ini dengan menjadi salah satu penyumbang artikel dalam laman sesawang ini. Saya amat yakin bahawa setiap orang ada kelebihan dalam sesuatu bidang dan pasti mengetahui seribu satu cara untuk melakukan sesuatu. Anda boleh membaca terma dan syarat serta menyumbang artikel di sini. Ini juga untuk membentuk networking antara blogger di Malaysia. 

Anda juga boleh memberikan sedikit sumbangan kepada kami dengan menekan butang 'Donate' yang disediakan di bahagian bawah blog ini. Terima kasih kepada yang menderma.

Walaubagaimanapun, sumbangan paling besar yang kami harapkan dari anda yang kami harapakan adalah untuk anda baca, berikan pendapat, sebarkan dan kongsikan maklumat tentang Wikicara (www.wikicara.org) kepada rakan-rakan, sahabat handai dan saudara mara untuk membolehkan kami terus bersemangat memberikan maklumat dan informasi yang terbaik. 

Harapan kami.

Saya berharap semua artikel yang dikongsikan di dalam laman sesawang ini bermanfaat kepada anda khususnya dan kepada semua orang umumnya. 


Penghargaan

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberi sumbangan dalam wikicara.org sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terutamanya kepada keluarga yang sentiasa menyokong setiap tindak tanduk dan jalan yang saya pilih.


Mohd Zahran

Admin
contact@wikicara.org
Back To Top