Cara Sertai Sukuk Prihatin


Kerajaan telah mengumumkan Sukuk Prihatin pada 18.8.2020 yang bertujuan untuk membantu kerajaan dalam pemulihan ekonomi yang disebabkan oleh krisis Covid 19. Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut, ada baiknya saya terangkan apa itu sukuk. Secara umumnya, sukuk adalah salah satu instrument pelaburan yang boleh disertai oleh orang awam dan sukuk adalah patuh Syariah. Pelaburan sukuk adalah pelaburan yang selamat dan kurang berisiko.

 

Permohonan untuk menyertai sukuk prihatin boleh dilakukan bermula 18.8.2020 sehingga 17 september 2020. Bagi yang Berjaya mneyertai, tempoh sukup prihatin adalah selama 2 tahun iaitu dari 22 september 2020 sehingga 22 september 2022.


Senarai Bank yang megambil bahagian dalam sukuk Prihatin.

 

Minimum pelaburan adalah RM500 (gandaan RM100). Bagi yang menyertai sukuk ini, keuntungan telah ditetapkan pada kadar 2% setahun dan bayaran keuntungan dibuat setiap 3 bulan (quarterly) terus ke akaun bank.


Semasa pendaftaran, pelabur boleh memilih untuk menjadi pelabur atau pelabur dan penderma. Bagi yang mendaftara sebagai penderma, anda boleh mendermakan jumlah pelaburan (sebahagian atau semua) anda apabila tamat tempoh matang. Permohonan adalah melalui Jompay atau Duitnow.

Baca terma dan syarat penuh Sukuk Prihatin di sini.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Back To Top