Cara Buat Akaun CDS Secara Online

Cara Buat Akaun CDS Secara Online. Perkara pertama yang perlu anda buat jika nak melabur atau berdagang di Bursa Malaysia adalah dengan mempunyai akaun pelaburan atau lebih dikenali sebagai akaun Central Depository System (CDS). Akaun inilah yang akan membolehkan anda untuk membuat jual beli saham yang ada di Bursa Malaysia.

Sebelum ini anda perlu buat akan CDS secara manual di mana-mana syarikat broker saham seperti Malacca Security, BIMB Securities, Maybank Investment dan lain-lain. Anda boleh lihat senarai broker saham di sini: Senarai Broker 


Kini pihak Bursa Malaysia telah selangkah kehadapan apabila mereka boleh membantu pembukaan akaun CDS secara online dengan menggunakan aplikasi Bursa Anywhere.


Aplikasi Bursa Anywhere adalah aplikasi yang membolehkan seseorang untuk menguruskan akaun-akaun CDS di satu tempat (jika mempunyai banyak akaun CDS). Bagi yang belum mempunyai akaun CDS, anda boleh mendaftar di Bursa Anywhere dan kemudian boleh membuat permohonan pembukaan akan CDS menerusi aplikasi tersebut.

Untuk lebih jelas, anda boleh tonton video di bawah:





Apabila anda selesai permohonan, anda akan dihubungi pihak broker saham untuk pengesahan identiti. Proses pengesahan mengambil masa 1-2 minggu untuk disahkan.

Apa yang menariknya, aplikasi Bursa Anywhere kini sedang membuat promosi pembukaan akan CDS secara percuma. Jika di hari biasa, bayaran sebanyak RM10 perlu dilakukan untuk pembukaan akaun CDS ini. Anda perlu ambil peluang ini untuk mendapatkan akaun CDS anda dan selepas ini boleh belajar cara untuk berdagang atau melabur saham di Bursa Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Back To Top