Buat Game Android Sendiri Tanpa Koding [Serius Mudah!]

Cara Buat Game Android Sendiri Tanpa Koding. Pada kali ini saya nak kongsikan cara untuk buat game android yang mudah dengan menggunakan laman web secara online. Anda tidak perlu pasang / install apa-apa di komputer anda. Anda hanya perlu daftar secara percuma di laman web Quick App Ninja dan kemudian anda dah boleh mula membuat aplikasi game anda sendiri.

Laman web ini akan memberikan template untuk beberapa jenis game yang boleh dibuat. Tetapi laman web ini kini hanya memberikan 5 template game yang benbentuk quiz atau words game yang mana anda boleh reka mengikut kreativiti anda sendiri.

Anda boleh tonton video di bawah untuk lihat bagaimana saya membuat game android tanpa koding dengan menggunakan laman web tersebut dalam masa hanya lebih kurang 10 minit sahaja.



Kelebihan  laman web ini adalah anda tidak perlukan ilmu koding atau menjadi programmer untuk buat game android. Walaubagaimanapun, game android yang anda boleh dibuat hanyalah yang ringkas. 

Salah satu sebab kenapa orang berebut-buat buat aplikasi dan game android adalah kerana ianya boleh membantu untuk menjana pendapatan sampingan. Dalam artikel akan datang saya akan kongsikan pula cara untuk memasukkan game atau aplikasi android yang kita dah buat ke dalam Google Play.

Untuk setakat ini, anda boleh lah mencuba dulu laman web Quick App Ninja untuk membina game android pertama anda dan anda boelh terus install ke dalam smartphone anda!

Selamat mencuba dan enjoy!

2 ulasan:

Back To Top