Cara Daftar SSM Online dan Renew SSM Online

Cara Daftar SSM Online dan Renew SSM Online. Jika anda nak mendaftar perniagaan baru dengan SSM, atau  nak membuat pembaharuan SSM sedia ada, kini anda boleh lakukan pendaftaran dan pembaharuan SSM secara online sahaja. Ianya sangat mudah untuk anda membuat pendaftaran SSM baru ataupun renew SSM. Semuanya anda boleh lakukan secara online.

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan cara mudah untuk daftar SSM online dengan menggunakan laman web EZbiz SSM. Anda boleh mendaftar untuk menggunakan laman web tersebut secara percuma.

Langkah-langkah untuk menggunakan sistem Ezbiz SSM bagi proses pendaftaran SSM baru atau renew SSM adalah seperti berikut:

  1. Daftar secara percuma di laman web EZbiz SSM
  2. Pergi ke kaunter SSM berhampiran untuk pengesahan (sekali sahaja)
Untuk pengesahan pendaftaran akaun EZbiz di kaunter biasanya sangat pantas kerana apa yang diperlukan adalah pengesahan kad penganaln dan juga cap ibu jari anda sahaja. Bergantung kepada cawangan SSM, ada yang sediakan sudut khas untuk pengesahan akaun EZbiz sahaja dan memakan masa kurang dari 5 minit untuk selesai.

Tonton video di bawah untuk memahami dengan lebih jelas Cara Daftar SSM Online dan Renew SSM Online.



Sekiranya terdapat sebarang masalah untuk mendaftar di EZbiz atau daftar SSM online atau renew SSM online, boleh nyatakan di ruangan komen ye 😄

1 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian infonya, mudah saya renew ssm lepas ni :)

    BalasPadam

Back To Top