Cara Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 Online SPATKPM


Pendaftaran Murid Tahun 1 bagi sesi tahun 2019/ 2020 telah dibuka secara online melalui Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM). Pendaftaran boleh mula dibuat bermula 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan para ibu bapa dan penjaga untuk mendaftarkan anak mereka menggantikan pendaftaran secara manual.

Anda boleh akses laman pendaftaran tersebut di sini: https://public.moe.gov.my

Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan penjaga.

Bagi permohonan ke Tahun Satu ambilan 2019 yang telah dibuat pada tahun 2017, anda dikehndaki membuat semakan permohonan kembali, kerana mulai tahun 2018, sekolah di W.P Putarajaya hanya membenarkan pendudukan di Putrajaya sahaja untuk memohon.

Antara perkara yang perlu anda sediakan untuk proses pendaftaran online adalah buku rekod kesihatan anak anda. Sekiranya anda mengambil vaksinasi untuk anak anda, anda perlu masukkan tarikh setiap vaksinasi yang diambil.

Selain itu, anda juga perlu tahu di mana anda nak anak anda bersekolah. Ini kerana anda perlu pilih sekolah untuk anak anda dalam sistem ini. 

Tonton video di bawah untuk lihat secara ringkas bagaimana untuk mengisi Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 Online SPATKPM




Setelah pendaftaran secara online dibuat dengan sistem SPATKPM, ibu bapa perlu mencetak bukti permohonan online dan hantar ke sekolah yang dipohon berserta dokumen-dokumen berikut:

  1. Sijil lahir anak (salinan + asal)
  2. Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
  3. Surat nikah / cerai (salinan + asal)
  4. Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
  5. Sampul surat standard dan setem
  6. Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
  7. Semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah 

Semakan permohonan murid Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 Online SPATKPM dijangkakan boleh disemak sama ada berjaya atau tidak bermula pada Julai 2018 -Ogos 2018. Sekiranya permohonan gagal, anda masih boleh buat rayuan untuk permohonan anda. 

Semakan dan rayuan permohonan kemasukan tahun 1 2019/2020 boleh dibuat dengan menggunakan sistem yang sama. Keputusan rayuan pula dijangka akan dikeluarkan pada Oktober 2018.

1 ulasan:

  1. Bagaimana untuk pendaftaran pelajar thn 6 sesi 2019 yang telah berhenti sekolah?

    BalasPadam

Back To Top