Cara Upload Gambar Ke Instagram Guna Laptop


Cara Upload Gambar Ke Instagram Guna Laptop. Selalunya kita menggunakan Instagram daripda telefon pintar dan semua gambar perlu di post ke Instagram menggunakan telefon pintar. Tetapi bagaimana jika anda tidak mempunyai kamera telefon pintar yang cantik, atau anda lebih suka mengambil gambar menggunakan DSLR atau kamera digital. Bagaimana anda nak upload gambar ke Instagram?

Secara umumnya, Instagram sememangnya dibina untuk digunakan sebagai aplikasi sahaja. Pada laman web Instagram sendiri tidak mempunyai butang atau tab untuk kita upload gambar melalui komputer atau laptop.


Dengan sedikit trik yang mudah, sebenarnya kita boleh mengupload gambar ke Instagram terus daripada komputer kita. Cara yang saya akan tunjukkan adalah menggunakan Google Chrome.


Ikuti langkah berikut untuk upload gambar ke Instagram menggunakan laptop.

1. Lawati laman web Instagram.com tetapi JANGAN log in dahulu
2. Kemudian pada page yang sama, tekan 'right-click' mouse anda dan pilih 'Inspect'
3. Kemudian adjust paparan sepertimana saiz skrin tablet atau telefon pintar anda.
4. Log In
5. Upload seperti biasa dengan menekan butang [+]


Gambar di atas ini pula adalah gambar selepas ikuti langkah-langkah tersebut. Tab di bahagian bawah ada terpapar dan boleh digunakan sepertimana anda menggunakan tablet atau telefon pintar.

Untuk membantu anda lebih memahami tutorial ini, anda boleh tonton video yang saya sudah sediakan ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top