Cara Buat Duit Dengan Youtube 2018


Cara Buat Duit Dengan Youtube 2018. Kenapa ramai yang beria-ria buat video dan upload di Youtube? Salah satu sebab utama adalah kerana anda sebenarnya boleh kita boleh buat duit dengan Youtube.

Apa yang diperlukan untuk buat duit dengan Youtube?
  1. Akaun Gmail
  2. Video
  3. Youtube Channel
  4. Youtube Adsense
  5. Penuhi Syarat Youtube

Syarat baru Buat Duit Dengan Youtube 2018

Sebenarnye proses evolusi buat duit dengan YouTube telah  bermula sejak 2008 lagi. Tahun ini merupakan tahun ke 10 untuk Youtube Partner Program. Dan sejak itu jugalah ramai YouTuber yang dah menjana pendapatan dengan YouTube. 

Pada permulaan Youtube monetization, ia boleh disertai oleh sesiapa sahaja tanpa syarat tertentu.

Tetapi sejak April 2017, YouTube tekal memperketatkan syarat untuk buat duit dengan YouTube. Kriteria yang diperlukan adalah setiap YouTube Channel yang nak buat duit dengan iklan di YouTube perlu ada jumlah tontonan kurangnye 10000 tontonan untuk semua video yang ada dalam You tube channel kita.

Malah lebih mengejutkan lagi pada 16 Januari 2018, YouTube sekali lagi memperketatkan syarat untuk buat duit dengan Youtube. Bermula pada 16 Januari 2018, hanya Youtuber yang mempunyai 1000 subscriber dan juga tontonan 4000 jam dalam 12 tahun yang layak untuk menyertai Youtube Partner Program.

Syarat baru ini bukan hanya terpakai untuk mereka yang baru nak mula buat duit dengan Youtube (akaun baru), tetapi juga akan terpakai kepada Youtuber yang sedia ada. Sekiranya Youtuber sedia ada tidak mencapai syarat yang ditetapkan menjelang 20 Februari 2018, akaun Youtuber Partner Program meraka akan dibatalkan. Mereka perlu capai syarat baru terlebih dahulu dan perlu mohon semula untuk buat duit dengan Youtube.

Dan dikatakan, proses saringan permohonan selepas syarat dicapai akan juga diperketatkan.

Dari satu sudut, ia adalah satu pendekatan yang baik kerana ia akan mengelakkan dari kebanjiran video yang spam dan tidak berkualiti di Youtube. Tetapi dalam masa sama, ia mungkin menjadi pemusnah semangat bagi orang yang baru nak belajar buat duit dengan Youtube.

Tetapi bagi saya, sekiranya anda sememangnya akan buat video yang berkualiti, anda tidak perlu risau dengan perubahan syarat ini.


Saya juga ada sediakan panduan video PERCUMA buat duit dengan Youtube. Tapi ianya dibuat sebelum perubahan syarat terbaru daripada Youtube. Tetapi keseluruhannya ia masih boleh menjadi panduan asas kepada anda.

Ia terdiri daripada lebih 20 video tentang cara buat duit dengan Youtube yang merangkumi pelbagai tajuk.

Senarai tajuk yang saya cover untuk panduan video percuma ini adalah seperti berikut:

1. Intro Buat Duit Dengan Youtube
2. Channel Youtube dan Linkkan Dengan Google Adsense
3. Upload Video di Youtube
4. Video Thumbnail
5. Upload Video (cont.)
6. Description, Title dan Tags
7. Nak buat video apa?
8. Syarat buat duit dengan Youtube (updated!)
9. Asas carian keyword untuk Youtube
10. Upload Default
11. Youtube Channel Branding
12. Multiple Ads in Video
13. Video Playlist
14. Youtube Studio
15. Video Enhancement
16. End Screen
17. Video Cards
18. Free Audio untuk Video
19. RIP Video Editor
20. Youtube SEO

Playlist penuh di sini: https://www.youtube.com/playlist?list=PL-7UB_khH_upGNs0-WQ5ZsIxBpAAtLgFi

Total masa video yang saya sediakan ni lebih kurang 2 jam. Jadi anda boleh tonton secara terus ataupun satu persatu.



Bonus!

Video Cara Paling Mudah Buat Video Untuk Youtube.



1 ulasan:

Back To Top