Cara Jana Pendapatan Dengan SushiVid. Jika anda mempunyai akaun Instagram, Facebook ataupun blog, anda hampir layak untuk jana pendapatan dengan SushiVid. SushiVid adalah satu laman web yang menghubungkan antara Pengiklan dan juga Influencer. Melalui SushiVid, anda boleh mendaftar sebagai Influencer atau Jenama (Pengiklan).
Dalam artikel ini, saya akan terangkan cara untuk daftar dan menjana pendapatan dengan SushiVid sebagai seorang Influencer. Influencer yang dimaksudkan disini adalah seseorang yang mempunyai Youtube Channel, mempunyai blog ataupun mempunyai akaun Instagram. Sekiranya anda mempunyai salah satu daripada 3 media sosial tersebut dan memenuhi syarat penyertaan, anda boleh menyertai SushiVid.Â
Keperluan minimum untuk setiap media sosial tersebut adalah seperti berikut:
YouTubers: 250 subscribers
Instagrammers: 2,000 followers
Bloggers: 2,000 visits every month
Jika anda memenuhi salah satu syarat di atas, anda boleh mendaftar di SushiVid.
Ini adalah paparan utama SushiVid.
Proses kerja di SushiVid adalah seperti gambarajah di bawah.
Contoh kempen yang tersenarai:
Ini adalah paparan utama SushiVid.
Sekiranya anda mendaftar melalui link di atas, anda akan menerima RM10 terus ke akaun anda. Tetapi sekiranya anda mendaftar terus ke laman web SushiVid, anda tidak akan menerima RM10.
Anda boleh mendaftar dengan menggunakan akaun Blogger, akaun Youtube atau akaun Instagram anda. Ini adalah kerana, pihak SushiVid akan memantau perkembangan blog, Youtube Channel atau Instagram anda supaya pengiklan akan terus dapat mengetahui status media sosial anda dan buat pilihan berdasarkan status media sosial anda.
Bagaimana SushiVid berfungsi?
Apabila anda selesai mendaftar. Adalah sangat penting untuk anda mengisi dan melengkapkan maklumat peribadi anda di bahagian profil. Ini adalah kerana pengiklan akan terus melihat profil anda sekiranya ada mereka berminat untuk memberikan anda sesuatu tugasan.Â
Anda juga perlu linkkan akaun Youtube, Blogger atau/dan Instagram ke akaun SushiVid anda. Ini adalah untuk memberitahu pengiklan status terkini media sosial anda supaya mereka dapat membuat keputusan sama ada anda layak untuk mendapat tugasan tersebut. Dalam masa yang sama juga, ia memudahkan anda kerana anda tidak perlu lagi nak screenshot statistik Youtube, Blog atau Instagram anda secara manual.
Kemudian, anda boleh lihat kempen yang tersenarai. Semua kempen ini akan dikemaskini setiap hari. Mungkin lebih mudah difahami jika saya katakan bahawa kempen yang tersenarai adalah tugasan yang diberikan oleh jenama tertentu. Influencer yang berminat perlu membuat permohonan.
Proses kerja di SushiVid adalah seperti gambarajah di bawah.
Jika terdapat kempen yang menarik hati anda dan anda memenuhi kriteria yang diperlukan, anda boleh hantar permohonan (proposal) untuk melaksanakan tugasan tersebut. Anda perlu mengisi sedikit borang permohonan untuk memberikan keyakinan kepada pengiklan bahawa andalah orang yang layak untuk melaksanakan tugasan tersebut.
Contoh kempen yang tersenarai:
Jika anda lihat, setiap kempen ada tercatat harga yang ditawarkan kepada anda sekiranya anda diterima untuk melaksanakan tugas tersebut. Jika anda berminat, tekan butang Propose untuk hantar permohonan.
Sebagai contoh, kempem untuk Ulangtahun Shopee ke 2 menawarkan USD1001+ untuk tugasan yang diperlukan.Â
Sekiranya anda dipilih untuk melakukan tugasan, anda akan dihubungi oleh pengiklan dan mereka akan beritahu apa yang perlu anda lakukan secara spesifik. Setelah tugasan tersebut anda lakukan, duit bayaran akan masuk ke dalam akaun SushiVid anda.Â
Apa kelebihan SushiVid?
- SushiVid adalah marketplace untuk sesebuah jenama untuk mengiklankan sesebuah tugasan. Sushivid juga adalah martketplace untuk influencer mencari tugasan. Ini akan memudahkan blogger, Youtuber dan Instagrammer untuk menjana pendapatan sampingan.
- Auto Update Stat: Apabila anda linkkan akaun SushiVid dengan blog, Youtube dan/atau Instagram anda, Sushivid akan kemaskini follower dan subscriber anda secara automatik pada bahagian profil influencer.
- SushiVid membayar influencer dalam USDÂ
- Staff yang baik dan mudah berbincang.
- Setiap kali anda berjaya untuk menyelesaikan tugasan, ia akan dimasukkan dalam profil anda dan ini akan meningkatkan lagi kreadibiliti anda sebagai influencer.
- Boleh disertai secara percuma. Tiada yuran penyertaan. Tetapi pihak SushiVid akan mendapat 25% daripada bayaran dari pengiklan kepada Influencer. Sebagai contoh, jika tugasan tersebut bernilai USD100, influencer akan mendapat USD75 dan SushiVid akan mendapat USD25.
Secara keseluruhannya, SushiVid memudahkan kedua-dua belah pihak iaitu Pengiklan dan juga Influencer. Jika anda memenuhi syarat yang ditetapkan oleh SushiVid, anda sangat digalakkan untuk menyertai SushiVid untuk menjana pendapatan tambahan.
makin banyak cara nak tambah income
BalasPadambanyak cara nak tambah income sebenarnya... gunakan teknologi yg ada untuk anda buat duit poket... insyallah akan dipermudahkan.
BalasPadamSaya suka cari duit dengan handphone kerana ia sudah menjadi barang keperluan saya... alhamdullah setakat ni ada 1k, 2k sebulan.