Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul. Lebih dari separuh pengguna kereta sekarang menggunakan transmisi gear automatik. Mungkin zaman penggunaan gear manual dah hampir tamat. Ramai yang memilih untuk menggunakan gear automatik kerana kawalan yang lebih mudah dan kurang meletihkan kaki terutamanya jika tersekat di dalam kesesakan lalulintas.
Walaupun penggunaan gear automatik kelihatan mudah, tetapi masih ramai lagi yang menggunakan gear automatik dengan cara yang kurang tepat.
Penggunaan gear automatik yang tidak betul boleh menyebabkan gear kereta tersebut mudah rosak. Malah dalam masa yang sama penggunaan gear automatik yang tidak salah juga boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan tips dan cara penggunaan gear automatik dengan betul.
1. Jangan tukar gear kepada mod 'P' semasa berhenti di trafik light
Ini kerap juga berlaku semasa kereta berhenti di lampu trafik. Kita dapat tahu jika kereta dihadapan kita menukar gear kepada mod P apabila kita lihat lampu reverse menyala seketika semasa kereta tersebut berhenti.
2. Cara yang betul semasa berhenti di lampu trafik:
- Tekan brek kaki
- Tolak gear mod N (tanpa tekan tombol pada gear)
- Tarik hand brek
- Lepas brek kaki
3. Cara yang betul apabila nak bergerak semula:
- Tekan brek
- Masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear)
- Lepas hand brek.
- Lepas brek kaki
- Tekan minyak
4. Bila masa untuk tekan tombol gear automarik?
Tekan tombol semasa menukar
- P > R ,
- R > P
- R > N
- N > R
- D > L/D2
- L/D2 > D
Tak perlu tekan tombol antara
- N > D
- D > N
- D > D3
- D3 > D
Itulah cara pengguanan gear automatik yang betul. Semua pengguna kereta perlu tahu agar gear kereta tidak mudah rosak dan juga supaya keselamatan kita dan penggunaa jalan raya yang lain lebih terjamin.
untuk permulaan kereta auto perlu tak kita start gear L dan seterusnys
BalasPadam