Cara Menggunakan Shopback Untuk Jimat Duit Membeli-belah Secara Online


Jika anda suka membeli belah secara online, anda PERLU menggunakan Shopback. Shopback membantu anda untuk berbelanja dengan lebih jimat. Tambahan lagi tak lama lagi akan bermula MyCybersale iaitu jualan murah untuk semua laman web online yang biasanya akan berlangsung pada bulan Oktober setiap tahun. Jadi anda perlu tahu cara untuk menggunakan Shopback agar anda boleh berbelanja secara online dengan lebih jimat.

Apa itu Shopback Malaysia?

Shopback adalah sebuah laman web yang membolehkan anda mendapat duit dalam bentuk cashback setiap kali anda berbelanja online. Duit yang terkumpul dalam akaun Shopback boleh anda transfer semula ke akaun bank anda apabila mencapai minimum pengeluaran RM10.

Terdapat lebih daripada 500 laman web jualan online tersenarai dalam Shopback di mana laman web tersebut layak untuk kita mendapat cashback.

Bagaimana cara menggunakan Shopback Malaysia?

Untuk menggunakan Shopback, anda perlu ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1:

Mendaftar secara percuma di laman web Shopback Malaysia. Anda boleh mendaftar di Shopback menggunakan akaun Facebook ataupun emel anda. Apabila anda mendaftar untuk pertama kali, anda akan mendapat bonus RM5 terus ke dalam akaun Shopback anda 😁

Daftar akaun Shopback Malaysia anda di sini:



Langkah 2:

Apabila anda telah mendaftar di Shopback anda dah boleh mula berbelanja secara online. Anda perlu lihat senarai laman web online yang tersenarai di Shopback. Sebagai contoh, jika anda nak membeli di Lazada Malaysia anda hanya perlu tekan pada logo Lazada Malaysia di laman web Shopback.


Apabila anda tekan Lazada Malaysia, anda akan dibawa ke laman web Lazada seperti biasa. Anda akan menerima satu peringatan bahawa cashback akan diberikan kepada anda untuk setiap pembelian anda di Lazada dalam masa 2 hari dari tarikh anda membuat pembelian di Lazada. 



Jika anda tak tahu cara untuk berbelanja di Lazada Malaysia, boleh tengok video cara berbelanja di Lazada di sini.

Satu emel akan diterima berkenaan cashback yang anda dapat kurang daripada 24 jam

Untuk masa terhad, sempena promosi online 9.9, Shopback menawarkan cashback sehingga 14% berbanding 11% untuk setiap pembelian di Lazada Malaysia. 

Anda juga boleh gunakan langkah yang sama untuk laman web lain seperti Zalora Malaysia, Aliexpress dan lain-lain.

Oh ya, anda bukan hanya boleh gunakan untuk online shopping, tetapi juga untuk booking hotel di Agoda (cashback 6%), Booking.com (cashback 9%) dan banyak lagi tempahan secara online.



Bagaimana cashback dikira?

Secara umumnya pengiraan adalah seperti berikut. 

Katakan anda berbelanja di Lazada melalui Shopback sebanyak RM100, jadi cashback yang anda akan dapat adalah RM14 (14%) ke dalam akaun Shopback anda. Minimum untuk anda boleh transfer ke bank anda ada RM10 tetapi cashback yang terkumpul ada tempoh matang.

Sekiranya anda membuat pembelian hari ini, cashback akan masuk ke dalam akaun Shopback dalam masa 48 jam, tetapi hanya boleh jadi 'redeemable' apabila jumlah minimum (RM10) dan tempoh matang (biasanya 30-60 hari) dicapai.

Pada saya, Shopback perlu menjadi salah satu keperluan bagi sesiapa yang kerap membeli secara online. Jika ada sale online, menggunakan Shopback ibarat diskaun atas diskaun iaitu diskaun laman web itu sendiri ditambah dengan cashback yang kita terima. 

Nak jimat? Gunakan Shopback 😁


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top