Cara Mewasiatkan Akaun Facebook Dengan Legacy Contact

Cara Mewasiatkan Akaun Facebook Dengan Legacy Contact

Cara Mewasiatkan Akaun Facebook Anda. Facebook kini mempunyai pengguna aktif setiap bulan lebih daripada 1.55 billion di seluruh dunia. Bilangan angka ini sangat tinggi dan menjadikan facebook antara media sosial yang paling popular. 

Pengguna facebook sekarang bukan sahaja berkongsi hal-hal peribadi malah ramai diantara pengguna facebook di Malaysia menjadikan facebook sebagai sumber pendapatan sampingan. 

Tetapi pernahkah anda terfikir, apa yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda apabila anda meninggal dunia? Ya. Maut boleh datang pada bila-bila masa. Bukan semestinya apabila telah tua atau sakit. 

Oleh itu, mewasiatkan akaun facebook ini sangatlah penting untuk menguruskan akaun facebook setelah kita meninggal dunia. Untuk menguruskan akaun Facebook anda selepas anda sudah tiada, anda boleh mewasiatkan akaun anda kepada ahli keluarga terdekat mahupun rakan-rakan anda lain di Facebook.

Walaubagaimana pun, semasa kita hidup, kita perlu buat tetapan pada akaun facebook kita dan kita boleh buat dua (2) pilihan apa yang boleh berlaku dengan akaun facebook kita setelah kita meninggal dunia.

Pertama, kita boleh lantik Legacy Contact.

Kedua, kita boleh delete terus akaun kita dari Facebook.



Untuk menamakan seseorang menjadi Legacy Contact, anda hanya perlu membuka pada bahagian Settings. Seterusnya, pilih General. Pada pilihan bahagian Manage Account anda boleh tetapkan legacy contact anda.

Legacy contact boleh dipilih daripada senarai rakan-rakan anda di facebook.

Anda juga boleh lakukan tetapan ini melalui aplikasi facebook.

Apa itu legacy contact?




Legacy Contact 

Legacy Contact adalah seseorang yang si mati tentukan (semasa hidup) yang mana individu tersebut boleh pin akan sesuatu perkongsian pada susur masa profil Facebook simati, kemaskini gambar profil, dan berinteraksi dengan permintaan rakan baru apabila akaun facebook si mati telah di memorialized.

Walaubagaimanapun, legacy contact tidak boleh membuat perkongsian baru ataupun membaca mesej yang dihantar kepada si mati.

Apabila akaun facebook si mati telah di memorialized, barulah legacy contact boleh menguruskannya akaun facebook si mati.

Padam Akaun

Selain itu, pihak Facebook juga memberikan anda pilihan untuk memadamkan akaun Facebook setelah anda sudah meninggal dunia. 

Apabila seseorang memberitahu pihak Facebook berkenaan kematian anda dan disahkan, Facebook akan membuang profil anda daripada laman sosial tersebut serta merta.



Bagaimana Facebook tahu anda telah meninggal dunia?

Facebook tidak akan tahu bahawa anda meninggal dunia sehingga ada orang / waris yang memberitahu Facebook bahawa anda telah meninggal dunia. Ini bermakna, waris anda boleh mengemukakan permohonan khas kepada Facebook tentang kematian anda. Borang pemberitahuan kematian tersebut boleh diperolehi di sini :
https://www.facebook.com/help/contact/228813257197480

Bagaimana untuk mohon memorialized kan akaun facebook si mati?

Jika anda merupakan waris simati yang mempunyai akaun facebook, anda boleh memberitahu facebook tentang kematian pemilik akaun tersebut melalui borang di atas atau pun anda boleh mohon untuk 'memorialized' akaun facebook tersebut.

Anda boleh mohon memorialized akaun facebook di sini :
https://www.facebook.com/help/contact/651319028315841

Apabila permohonan anda diterima, akaun tersebut akan di golongan dalam kategori memorialized dan tiada siapa boleh log masuk ke dalam akaun tersebut. Hanya legacy contact yang dilantik oleh si mati boleh menguruskan akaun tersebut.

Legacy contact tak boleh menambah gambar baru atau membuang gambar simati.

Jika legacy contact sudah tidak mahu menguruskan akaun si mati, legacy contact juga boleh membuat permohonan untuk delete akaun si mati.

Ok.

Pada saya, lebih baik buat pilihan untuk delete akaun facebook kita selepas kematian kita. Apa yang anda perlu lakukan adalah maklumkan waris untuk isi borang maklum kematian di bawah berserta bukti kematian, selepas sah, Facebook akan auto delete akaun Facebook kita. 


Tetapi semasa kita hidup, kita perlu buat pilihan yang kedua (delete account) pada Manage Account.

Ini adalah penting kerana semasa kita hidup mungkin ada post atau gambar yang kurang elok atau tidak menutup aurat. Untuk mengelakkan dosa yang berpanjangan, lebih baik akaun tersebut di delete dari facebook.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top