Ads Top

Cara Beli Barang di Shopee Malaysia


Cara Beli Barang di Shopee Malaysia. Shopee adalah laman ecommerce yang mensasarkan pengguna peranti mudah alih untuk membeli belah dengan lebih mudah. Shopee lebih mengutamakan penggunaan aplikasi Shopee berbanding laman web Shopee itu sendiri.

Saya merupakan pengguna Shopee. Berdasarkan pemerhatian saya, barang-barang yang dijual di Shopee mempunyai harga yang sangat berpatutan dan adakalanya paling murah antara laman ecommerce lain.

Sebagai contoh, saya baru sahaja beli [BOXY] Microfiber Round Neck T shirt dari Shopee dengan harga hanya RM9.60. Jika dibandingkan dengan harga di Lazada adalah RM24. Oleh sebab itu saya telah membeli 5 helai baju tersebut.

Barang sampai dalam masa 3 hari dan kualiti sangat memuaskan.

Harga di Shopee


Harga di Lazada


Banyak lagi barangan yang saya perhatikan mempunyai harga yang lebih murah dijual di Shopee. Jika anda nak membeli barangan ikea pun boleh dibeli di Shopee kerana banyak pilihan perabot ikea serta harga shipping yang berpatutan.



Bagaimana cara untuk membeli barang di Shopee?

Saya cadangkan anda membeli di Shopee menggunakan aplikasi Shopee. Anda boleh muat turun dari Google Play dan daftar secara percuma. Apabila anda mendaftar, anda akan diberikan diskaun pendaftara sebagai tanda terima kasih daripada Shopee.


Seperti mana-mana ecommerce, anda boleh mencari barang yang anda inginkan di bar carian.

Dalam Shopee, terdapat beberapa kategori penjual antaranya adalah Preferred dan Official Store. Dua jenis penjual ini adalah yang paling boleh dipercayai di Shopee, bukan bermakna penjual lain menipu tetapi 2 jenis penjual ini anda boleh membeli dengan hati yang lebih tenang.

Setelah anda memilih barang yang diperlukan, anda boleh membuat pembayaran menggunakan online banking ataupun kad kredit / kad debit. 

Setiap pembelian yang anda buat di Shopee, anda akan dapat Shopee Coins. Setiap pembelian boleh menerima coin sehingga 100 coins. Coin yang terkumpul boleh digunakan sebagai diskaun untuk pembelian seterusnya. 

Jadi lebih banyak anda membeli, lebih banyak coins yang terkumpul 😁

Kenapa saya suka membeli di Shopee?

  1. Harga yang lebih murah
  2. Banyak pilihan barangan
  3. Aplikasi Shopee mudah digunakan
  4. Boleh kumpul Coins untuk pembelian seterusnya.
Satu lagi yang saya suka berkenaan Shopee adalah mereka kerap menawarkan JAMINAN harga terendah. Ini bermakna, jika harga yang ditawarkan dalam promosi Shopee tersebut lebih tinggi dari mana-mana web ecommerce lain, anda boleh maklumkan Shopee dan anda akan diberikan 120% diskaun perbezaan jika anda membeli di Shopee.


Jika anda tak percaya, anda boleh muatturun sendiri aplikasi Shopee dan bandingkan harga barangan di Shopee dengan ecommerce lain. 😉

Terima kasih kerana membaca Cara Beli Barang di Shopee Malaysia. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

2 ulasan:

  1. Hai, antara shopee dgn ezbuy mana yang lebih bagus untuk shopping,(dari segi harga dan servis)? tq

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.