Cara Mendaftar Di Portal MyASNB


Cara Mendaftar Di Portal MyASNB. Bagi pelabur Amanah Saham Nasional Berhad, kini anda boleh membuat tambahan pelaburan, semak baki akaun dan juga mendapatkan penyata tahunan secara online. Anda hanya perlu mendaftar di Portal MyASNB.


Bagaimanakah caranya mendaftar dengan Portal MyASNB?

Nota: Pemegang unit diingatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit, e-mel dan alamat surat-menyurat di mana-mana cawangan/ejen ASNB sebelum mendaftar di Portal MyASNB.

Untuk mendaftar di Portal MyASNB, pelabur memerlukan nombor akaun 12 digit. Nombor ini merupakan nombor yang sama untuk semua pelaburan dalam mana-mana unit amanah ASNB.

Sekiranya anda sudah mempunyai nombor akaun 12 digit berkenaan untuk pelaburan dalam unit amanah ASNB selain ASB, anda boleh menggunakan nombor berkenaan untuk mendaftar di MyASNB.

Untuk pelabur yang hanya mempunyai pelaburan dalam ASB, anda perlu mendapatkan nombor 12 digit berkenaan di Cawangan atau ejen ASNB.

Bagi pelabur yang mempunyai pelaburan dalam unit amanah selain ASB, tetapi belum mendapatkan nombor akaun 12 digit, anda juga perlu berbuat demikian di Cawangan atau ejen ASNB.



Jangan lupa, kemaskini maklumat peribadi anda apabila anda berada di Cawangan/ejen ASNB.

Selepas mendapat nombor akaun 12 digit dan mengemaskini maklumat peribadi, anda bolehlah ke portal MyASNB untuk mendaftar..sila klik : https://www.myasnb.com.my/.

Pusat Khidmat Pelanggan untuk MyASNB : 03 8026 8101

Sumber Asal : Facebook ASNB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top