Cara Kira BMI dan Kesannya Kepada Kesihatan

Cara Kira BMI

Salah satu penanda aras dalam menentukan kadar kesihatan seseorang adalah dengan membuat pengiraan BMI. Apa itu BMI?. BMI adalah singkatan bagi Body Mass Index atau dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai Indeks Jisim Badan. Secara ringkasnya, Indeks Jisim Badan adalah bertujuan untuk menentukan nisbah ketinggian seseorang dengan berat badan. Cara kita BMI adalah sangat mudah dan kita boleh membuat pengiraan sendiri di rumah.

Pengiraan BMI diperkenalkan oleh seorang ahli matematik dari Belgium iaitu Adolphe Quatelete pada tahun 1832. Sejak itu jugalah BMI telah digunakan di serata dunia untuk membantu para petugas kesihatan dan juga individu untuk menentukan tahap berat badan seseorang. 

Untuk membuat pengiraan BMI, apa yang diperlukan hanyalah berat badan dalam kilogram dan juga ketinggian dalam meter. Formula pengiraan BMI adalah seperti berikut:

BMI = Berat (kg) / [tinggi x tinggi (m)]

Nilai hasil pengiraan daripada berat dan tinggi akan dibahagikan kepada 4 bahagian bergantung kepada nilai yang diperolehi iaitu kurang berat badan, berat badan unggul, berlebihan berat badan dan obes. 

Merujuk kepada nilai BMI yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pembahagian kategori bacaan BMI adalah seperti berikut:

  1. BMI bawah 18.5 adalah kurang berat badan
  2. BMI antara 18.5 hingga 24.9 adalah berat badan unggul
  3. BMI antara 25 hingga 30 adalah berlebihan berat badan
  4. BMI lebih 30 adalah Obes


Apa kepentingan BMI?

Secara umumnya, semakin tinggi bacaan BMI, semakin tinggi risiko seseorang boleh mengalami penyakit seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan kardiovaskular serta lain-lain penyakit.  

Oleh itu BMI adalah indikator awal yang menentukan risiko seseorang untuk mengalami masalah-masalah tersebut.

Adalah penting untuk kita tidak mengendahkan bacaan BMI kerana ianya penting untuk kesihatan masa depan anda.

BMI tidak terpakai untuk atlit, kanak-kanak, ibu mengandung dan juga untuk warga emas. Ini adalah kerana nisbah antara tinggi dan berat pada golongan ini biasanya tidak selaras dan terdapat banyak lagi faktor yang menyebabkan kadar tinggi dan berat tidak sekata.


Kira BMI anda sekarang.

Di manakah kategori BMI anda?

Bagi yang mempunyai bacaan berat badan unggul, jangan mudah selesa dengan keadaan sekarang sehingga melupakan pemakanan yang seimbang dan senaman. Sebagai contoh, orang yang mempunyai BMI berat badan yang ideal mungkin mempunyai kadar kolesterol dalam darah yang tinggi.  

Bagi yang mempunyai bacaan yang agak tinggi, anda perlu berusaha untuk menurunkan kadar bacaan BMI anda dengan pemakanan dan juga senaman. 

Ok?

Terima kasih kerana membaca Cara Kira BMI dan Kesannya Kepada Kesihatan. Apa pun bacaan BMI anda, satu perkara yang anda perlu tahu adalah BMI hanyalah salah satu faktor yang meningkatkan risiko. Terdapat faktor-faktor lain juga yang boleh menyumbang kepada penyakit tidak berjangkit.

Nak kongsikan bacaan BMI anda? Boleh kongsikan di ruangan komen. Jangan lupa untuk subscribe emel, follow Facebook dan Youtube Channel saya ye 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top