Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online

Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online

Simpanan masa depan untuk anak-anak adalah sangat penting untuk memudahkan proses pendidikan dan perkembangan kerjaya anak-anak di masa akan datang. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk memulakan simpanan untuk anak-anak dan salah satunya adalah dengan membuka akaun SSPN-i Plus untuk anak-anak kita.




Apakah itu SSPN-i?

SSPN-i adalah merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep 'Wakalah Bil Istithmar'.

Apakah itu SSPN-i Plus?



SSPN-i Plus pula merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.

Berbeza dengan akaun SSPN biasa, SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus dan menggunakan kontrak Wakalah bagi skim takaful yang ditawarkan. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).


Apakah perbezaan utama SSPN-i dan SSPN-i Plus?

Perbezaan utama SSPN-i dan SSPN-i Plus adalah pada komitmen bulanan yang terdapat pada SSPN-i Plus berbanding SSPN-i yang tiada sebarang komitmen bulanan (boleh simpan mengikut kemahuan masing-masing)

Komitmen bulanan ini sebenarnya adalah satu cara untuk kita sentiasa menabung secara konsisten setiap bulan dan dalam masa yang sama mendapat manfaat takaful yang disediakan dalam akaun SSPN-i Plus kita. Bagi yang sukar untuk menabung secara konsisten, ini adalah satu peluang yang baik untuk mulakan tabungan. 

Komitmen bulanan yang perlu dibayar adalah bergantung kepada pakej yang kita pilih. Berikut adalah pakej yang disediakan dalam SSPN-i Plus.


Selain daripada manfaat kesihatan, pendeposit SSPN-i Plus juga akan mendapat pengecualian cukai simpanan bersih sehingga RM 6,000 untuk simpanan dan tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM 6,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa.

Jika anda terfikir apa kebaikan SSPN-i Plus berbanding sumber simpanan dan takaful lain, jadual ini akan memudahkan pemahaman anda.



Itulah serba sedikit pengenalan berkaitan SSPN-i Plus. Maklumat lanjut boleh lihat di laman web SSPN-i Plus

Ok?

Apa yang lebih menarik adalah, pendaftaran akaun SSPN-i Plus boleh dilakukan terus secara online tanpa perlu hadir ke pejabat PTPTN. Ini akan menjimatkan masa kita yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja seharian. 

Peluang ini telah saya gunakan untuk membuat akaun SSPN-i Plus untuk 2 orang anak saya.

Untuk mendaftar akaun SSPN-i Plus klik link ini untuk ke paparan web pendaftaran.

Anda akan dapat lihat paparan seperti di bawah. Anda boleh pilih untuk buat akaun untuk diri sendiri, anak sendiri atau untuk anak jagaan.





Anda hanya perlu isikan maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan sehingga habis. Kemudian akan dinyatakan terma dan syarat yang perlu anda fahami. Sila baca dan fahamkan betul-betul syarat dan manfaat yang anda perolehi dengan membuka akaun SSPN-i Plus ini.

Selepas selesai mengisi borang, anda kemudiannya akan dikehendaki untuk memasukkan deposit ke dalam akaun tersebut. Sekurang-kurangnya nilai 1 bulan untuk pakej yang anda ambil. Bayaran boleh dibuat melalui online banking ataupun kredit card. 

Bayaran bulanan selepas pembukaan akaun boleh dibuat melalui kaunter PTPTN, potongan gaji, auto debit dan paling mudah adalah dengan bayaran secara online melalui SSPN-i Plus Online.


Ok?


Lagi berita menarik berkenaan SSPN-i Plus!

Pendeposit dengan deposit minimum RM50 secara automatik akan dapat satu penyertaan dalam Cabutan Wow! SSPN-i Plus. Jadi lagi banyak anda simpan, lagi banyak peluang anda untuk menang. Cabutan bertuah SSPN-i Plus terbahagi kepada 2 kategori iaitu Cabutan Bertuah Tahunan dan Cabutan Bertuah Suku Tahunan.

Hadiah yang ditawarkan juga sangat menarik! Jom mula menabung dan menang sekarang!



Syarat-syarat penyertaan Cabutan Wow! SSPN-i Plus

  1. Terbuka kepada semua pendeposit SSPN-i Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam tempoh promosi
  2. Setiap RM50 layak mendapat satu cabutan tanpa mengira pakej
  3. Penyertaan adalah automatik
  4. PTPTN berhak membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya pendeposit didapati tidak layak dan melanggar syarat yang telah ditetapkan
  5. Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (termasuk pasangan dan anak-anak) serta kakitangan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) tidak layak menyertai cabutan
Klik di sini untuk pembukaan akaun dan penambahan deposit SSPN-i Plus secara online.

Fuhh..


Inilah cara saya untuk menabung untuk anak-anak saya disamping memberikan sedikit perlindungan kepada mereka. Jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut berkaitan SSPN-i Plus atau ingin membuka akaun secara online (dalam masa sama berpeluang menang cabutan bertuah yang lumayan), boleh baca maklumat terperinci di laman SSPN-i Online.


Terima kasih kerana membaca Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online. Semoga kita sama-sama menjadi ibu bapa yang bijak dalam menguruskan kewangan keluarga dan anak-anak ;-) Saya dah buat akaun SSPN-i Plus untuk anak-anak saya, anda bila lagi? :-)

2 ulasan:

  1. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk simpanan pendidikan anak-anak. :-)

    BalasPadam

Back To Top