WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Menggunakan Google Map Secara Offline


Google Map adalah antara aplikasi dan laman web yang kerap digunakan untuk menunjukkan jalan kepada kita. Tambahan pula Google Map boleh di gunakan bersama GPS untuk memudahkan lagi perjalanan kita. Tetapi tahukan anda sebenarnya Google Map 'boleh' digunakan secara Offline tanpa internet?

Walaupun pihak Google menyatakan bahawa Google Map boleh digunakan secara Offline, tetapi hakikatnya, ianya boleh digunakan hanya terhad untuk kawasan yang telah kita muat turun sebelum itu. 

1. Sebagai contoh, katakan anda ingin ke Bandar Muar. Anda perlu cari bandar Muar dengan menggunakan Google Map (dengan talian internet). 



2. Kemudian tekan butang pilihan di bahagian atas kiri " = " dan pilih butang Offline Areas



3. Kemudian Tekan butang Tambah dibahagian bawah kanan.

4. Kemudian anda akan dinasihatkan untuk memuat turut peta dengan menggunakan Wifi.



5. Kemudia anda akan ditunjukkan kawasan yang akan anda muat turun. Anda boleh drag dan zoom berdasarkan tempat yang anda perlukan.

6. Setelah itu, berikan nama bagi peta yang akan anda muat turun.

7. Untuk menggunakan peta yang telah dimuat turun, anda hanya perlu pergi ke Offline Area dan pilih peta yang anda telah download.

Apakah kelebihan menggunakan Google Map Offline?

Bagi saya, menggunakan Google Map Offline adalah bagus jika anda mempunyai wifi di rumah dan Google Map boleh digunakan sebagai persediaan untuk kita pergi ke sesuatu tempat. Ia juga penting jika kita mempunyai data internet yang terhad.

Kekurangan Google Map Offline?

Map yang dimuat turun agak besar saiznya tetapi ia bergantung kepada berapa luas peta yang kita akan download. Berdasarkan pengalaman saya menggunakan Google Map ini, saiz paling kecil peta yang di muat turun adalah lebih kurang 225MB. Saiz akan bertambah besar jika anda download lebih besar kawasan dalam peta.

Selain menggunakan data internet yang banyak, ia juga banyak menggunakan ruang memori telefon pintar anda. Jika anda mempunyai ruang memori kad yang terhad, mungkin ini bukanlah cara terbaik untuk anda.



Terima kasih kerana membaca Cara Menggunakan Google Map Secara Offline. Anda dah cuba? Berikan pendapat anda di ruangan komen :-)


click tracking