Cara Memulakan Bisnes Sendiri


Cara Memulakan Bisnes Sendiri. Siapa yang tidak mahu mempunyai empayar perniagaan mereka sendiri kan? Saya pasti ramai yang beranggapan bahawa bisnes boleh dilakukan oleh semua orang. Ia mungkin benar, tetapi ada beberapa perkara yang perlu dilihat sebelum kita bercadang untuk memulakan bisnes sendiri. 

Apakah persediaan yang perlu kita ada untuk memulakan bisnes sendiri? Dalam buku Memulakan Bisnes Sendiri yang ditulis oleh Pn Ainon Mohd, beliau menyatakan bahawa "Kebanyakan orang yang mengambil kursus pengurusan perniagaan tidak membuka bisnes sendiri. Kebanyakan orang yang mula berniaga tidak membaca buku-buku panduan perniagaan". Tidak dinafikan, sebelum memulakan sesuatu perniagaan, ilmu perniagaan adalah penting sebagai panduan kita.

Jika kita perhatikan, kebanyakan buku di kedai-kedai buku menceritakan tentang kejayaan dan 'kemanisan' berniaga. Kisah-kisah gelap dan kejatuhan perniagaan jarang sekali di ceritakan. Tetapi dalam buku Memulakan Bisnes Sendiri, banyak diceritakan kisah sebenar dari kepayahan bermulanya perniagaan sehingga berjayanya sesebuah perniagaan.

Mungkin anda pernah dengar bahawa majoriti orang yang memulakan bisnes akan mengalami kegagalan dalam masa 3 tahun selepas membuka perniagaannya. Begitulah realiti sebenar dalam dunia perniagaan.


Antara perkara-perkara yang perlu difikirkan sebelum memulakan perniagaan:

  • Memulakan bisnes hendaklah sesuai dengan modal yang ada. Modal kecil, perniagaan kecil. Sebaik-baik jumlah modal adalah modal yang jika anda mengalami kegagalan dalam bisnes, anda masih boleh teruskan hidup. Jika kita lihat dalam banyak kisah ahli perniagaan, hampir semua pernah gagal beberapa kali. Tiada yang cuba sekali terus berjaya. 
  • Setiap perniagaan perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran perniagaan adalah diwajibkan walaupun anda hanya berniaga secara atas talian.
  • Bukan semua orang mempunyai bakat berbisnes. Walaupun ada yang berpandangan bahawa bakat bisnes boleh digilap, tetapi pada saya, bakat semulajadi juga memainkan peranan dalam membentuk perniagaan yang berjaya. 
  • Dalam buku Memulakan Bisnes Sendiri ada menyatakan antara tanda-tanda seseorang itu tidak mempunyai bakat bisnes adalah jika pada usia 40 tahun baru mereka mahu mulakan perniagaan. Orang yang mempunyai bakat bisnes biasanya bermula sejak zaman persekolahan lagi.
  • Segulung ijazah tidak menentukan anda akan berjaya dalam bisnes. Ramai contoh orang yang tidak berpelajaran tinggi yang berjaya dalam bisnes mereka sendiri. 
  • Setiap bisnes ada risikonya. Usahawan yang berjaya mempunyai sikap rasional dan berhati-hati dan mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
  • Bisnes tidak seselamat makan gaji. Jika anda tidak berusaha keras, maka keberangkalian besar bisnes anda akan lingkup.
  • Persaingan adalah lumrah dalam perniagaan. Tetapi persaingan jugalah yang membentuk para usahawan untuk terus berinovasi membina bisnes masing-masing sehingga berjaya.
  • Pastikan keluarga kita faham gaya hidup seorang yang berbisnes. Pada permulaan bisnes, banyak masa yang akan dihabiskan dengan bisnes berbanding keluarga.

Ini adalah antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam buku Memulakan Bisnes Sendiri. Banyak lagi ilmu yang dikongsikan oleh Pn Ainon dalam membentuk diri dan memberikan motivasi kepada sesiapa yang ingin memulakan bisnes sendiri.

Buku Memulakan Bisnes Sendiri tidak menjanjikan bulan bintang, sebaliknya banyak menceritakan pahit jerih menjadi seorang yang berbisnes.

Pada saya ini adalah buku terbaik dalam menambahkan ilmu berkaitan memulakan bisnes kita sendiri..



Jika nak tahu cerita penuh, boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau beli secara online di Bookcafe. Tak mahal pun. Hanya RM14 untuk ilmu perniagaan yang sangat bermanfaat.

Terima kasih kerana membaca Cara Memulakan Bisnes Sendiri. Anda dah baca buku ni? Apa pendapat anda?
Back To Top