Cara Buat Backup Softcopy Dokumen


Apakah pentingnya backup softcopy dokumen? Pada kali ini saya akan kongsikan beberapa cara yang boleh diamalkan untuk membuat backup softcopy dokumen-dokumen penting kita.


1. Pendrive / Harddisk 

Menyimpan softcopy dokumen di dalam pendrive atau harddisk adalah cara yang paling mudah untuk membuat backup dokumen anda. Mungkin cara ini memang telah dipraktikkan oleh kebanyakan daripada kita. Tetapi kekurangan utama cara ini adalah dengan kewujudan virus komputer yang kadangkala turut boleh menyebabkan backup yang dibuat ke dalam pendrive atau harddisk turut 'terkorban'.

Virus yang paling kerap menyerang pendrive adalah 'Virus Shortcut'. Pendrive yang dijangkiti virus ini sebenarnya boleh disembuhkan dengan mudah dengan menggunakan Virus Remover. 


2. Simpanan Maya (Cloud)

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang telah mula beralih kepada backup secara maya atau simpanan maya seperti Dropbox, Google Drive, Skydrive dan lain-lain. Secara peribadinya, saya menggunakan Google Drive dan Dropbox. Saya juga menggunakan Google Drive sebagai salah satu backup untuk blog-blog saya.

Kelebihan yang dapat saya katakan dengan menggunakan simpanan secara maya adalah:

  • Boleh diakses di mana-mana dengan menggunakan smartphone atau komputer (dengan syarat ada internet)
  • Dilindungi daripada serangan virus
  • Memudahkan perkongsian dokumen 
  • Keselamatan dokumen yang tinggi
Dari segi kapasiti data yang boleh disimpan, jika kita hanya menyimpan dokumen, cukuplah dengan menggunakan kapasiti simpanan yang telah diberikan secara percuma sahaja kerana kapasiti yang diberikan bagi saya sudah mencukupi. Tetapi jika anda menyimpan data yang besar seperti video, anda mungkin perlu melanggan secara bulanan untuk mendapatkan kapasiti simpanan yang lebih besar.

Walaubagaimanapun, satu kelemahan utama menggunakan simpanan secara maya adalah dari sudut 'waranti' data-data yang disimpan. Hampir kesemua sistem simpanan secara maya tidak akan bertanggungjawab sekiranya data atau dokumen yang anda simpan itu hilang semasa menggunakan sistem mereka. Ini ada tertulis di dalam penafian setiap jenama sistem simpanan maya. 

Dari segi realitinya, kebarangkalian untuk data anda hilang 'mungkin' ada tetapi selama saya menggunakannya, tiada tidak pernah mengalami kehilangan data atau dokumen.


3. Emel

Jika anda pandai menggunakan Yahoo Mail, GMail, Hotmail atau lain-lain, anda boleh mempraktikkan cara ini. Secara umumnya, ramai yang menggunakan emel sebagai salah satu cara untuk berkongsi dokumen ataupun medium berkomunikasi. Selain daripada itu, emel juga boleh dijadikan salah satu medium untuk backup softcopy dokumen anda. 

Cara untuk membuat backup softcopy dokumen menggunakan emel adalah dengan menghantarkan dokumen yang anda perlu backup secara emel kepada diri sendiri. Kapasiti data yang boleh disimpan adalah sebanyak berapa yang diperuntukkan untuk akaun emel anda.

Ok?

Itulah 3 cara yang boleh dipraktikkan sebagai cara untuk membuat backup softcopy dokumen anda. Jika anda ada cara lain bagaimana cara buat backup softcopy dokumen, bolehlah dikongsikan diruangan komen untuk rujukan bersama.

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Backup Softcopy Dokumen. 
Back To Top