WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Bermain Clash Royale Menggunakan Komputer


Jika anda gemar bermain permainan Clash of Clan, anda mungkin akan suka bermain permainan terbaru daripada Supercell ini. Supercell kini telah mengeluarkan permainan terbaru mereka iaitu Clash Royale.

Clash Royale merupakan permainan berbentuk gabungan antara strategi dan trading card dengan watak-watak Clash of Clan dan terdapat juga watak tambahan lain yang dicipta khas untuk Clash Royale ini. Walaubagaimana pun, dari segi gameplay, terdapat perbezaan di mana dalam permainan Clash Royale, kita tidak perlu bina kampung dan tentera untuk menyerang musuh. Kita hanya perlu kumpul kad bagi setiap watak dan bagi setiap serangan hanya dibenarkan menggunakan 8 kad sahaja.

Oleh itu strategi gabungan kad yang betul adalah penting untuk memastikan kejayaan semasa serangan. Sesuatu yang menarik lebih menarik adalah kita tidak akan diserang ketika kita tidak online. Berbanding jika kita bermain Clash Of Clan, hampir setiap kali kita buka akaun kita pastinya kita akan diserang dan trofi yang kita kumpulkan akan berkurangan.

Clash Royale juga menyediakan kita untuk membina dan menyertai Clan. Jika kita hendak membina clan baru, sebanyak 1k Gold diperlukan dan untuk menyertai clan kita perlu mencapai level 2 dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pemilik clan yang ingin kita sertai.

Satu feature yang memang dinantikan sejak permainan Clash Of Clan adalah feature yang membolehkan kita berlawan sesama kawan kita sendiri. Dalam permainan Clash of Royale, kita boleh berlawan sesama kawan kita sendiri dengan menggunakan friendly battle di dalam Clan yang kita sertai.




Lain-lain yang perlu anda tahu tentang Clash Royal:

  • Dilancarkan pada Januari 2016
  • Perlawanan adalah secara atas talian
  • Setiap perlawanan adalah 3 minit dan 60 saat masa tambahan sekiranya seri. Jika selepas masa tambahan tiada pemenang, perlawanan dianggap seri
  • Setiap pemenang perlawanan akan mendapat Chest (Peti) dan Trofi
  • Dalam Chest mengandungi kad baru, kad upgrade, Gold dan Gems
  • Setakat ini, terdapat 8 Arena untuk diharungi dan setiap Arena hanya dapat dimasuki apabila mencapai jumlah trofi yang tertentu. 

Bagi saya permainan ini agak baik untuk mereka yang gemarkan permainan online dan strategi. Sebelum ini memang saya gemar bermain permainan dalam bentuk kad trading seperti Yu Gi Oh! dan game Clash Royale ini mengingatkan saya keseronokan bermain permainan berbentuk kad. 

Jika anda ingin bermain menggunakan komputer, saya cadangkan anda menggunakan perisian Nox App Player. Nox App Player adalah android emulator yang membolehkan kita menggunakan apk pada komputer kita. Jadi untuk bermain Clash Royale di komputer, apa yang kita perlukan adalah:
  1. Muat Turun Nox App Player
  2. Muat Turun Clash Royale Apk (Option)
  • Setelah anda muat turun kedua-dua perkara di atas, pasang Nox App Player pada komputer anda.
  • Anda akan diminta untuk memasukkan alamat Gmail
  • Kemudian anda boleh tekan pada aplikasi Google Play dan cari Clash Royale.
  • Jika anda tidak jumpa Clash Royale, anda boleh gunakan Clash Royale yang telah anda muat turun tadi dan drag ke dashboard perisian Nox App Player.
  • Anda akan diminta untuk menerima terma dan syarat Clash Royale
  • Anda akan diminta untuk bermain tutorial.
  • Selepas itu, pergi ke setting dan Connect Google+ anda menggunakan Gmail anda dan anda akan dapat sambung permainan anda pada komputer. 
Masih blur-blur?

Tengok video ringkas ni..







Kepada yang naik join Clan saya, boleh cari Clan Royal Ale Ale. Setakat ini tak ramai pun yang join. Jika berminat boleh join clan tu. 

Ok.

Terima kasih kerana membaca Cara Bermain Clash Royale Menggunakan Komputer. Apa pendapat anda tentang permainan Clash Royale? Kongsikan di ruangan komen :-)
click tracking