WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Claim Insuran / Takaful Bagi Cermin Hadapan Kereta

Cara Claim Insuran / Takaful Bagi Cermin Hadapan Kereta

Cara Claim Insuran / Takaful Bagi Cermin Hadapan Kereta. Baru-baru ini cermin hadapan kereta saya tiba-tiba sahaja retak sepanjang lebih kurang 1 kaki lebih. Tak perasan sebab musababnya. Dalam kepala memang dah memikirkan berapakan harga cermin hadapan kereta jika nak tukar yang baru. 

Bagi yang pernah buat cukai jalan dan insuran sendiri bagi kenderaan anda, mungkin anda tahu bahawa cermin hadapan kereta kita boleh dilindungani oleh insuran kereta yang kita sertai.

Bagi perlindungan tambahan bagi cermin hadapan kereta, anda perlu membayar harga tambahan sebanyak RM15 bagi setiap RM100 perlindungan untuk cermin kereta anda (minimum perlindungan adalah RM200). Ini bermakna jika harga cermin hadapan kereta anda adalah RM600, bayaran insuran atau takaful tambahan yang anda perlu buat adalah sebanyak RM90 setahun bagi perlindungan cermin hadapan kereta anda. 

Bagi saya perlindungan ini adalah penting untuk mengelakkan daripada kita mengeluarkan lebih banyak duit jika secara tiba-tiba cermin hadapan kereta kita pecah semasa dalam perjalanan.

Berbalik kepada cerita cermin hadapan saya yang pecah. 

Memandangkan polisi insuran yang saya ambil turut melindungi cermin hadapan kereta saya, setidak-tidakya tidak terlalu banyak duit terpaksa dibelanjakan untuk menukar cermin kereta yang baru. 

Apa yang diperlukan untuk claim insuran atau takaful sekiranya cermin hadapan pecah?

  • Cover Note Insuran atau Takaful
  • Salinan Geran Kereta


1. Cover Note

Cover Note adalah satu sijil daripada pihak takaful atau insuran berkaitan penerangan perlindungan yang diberikan bagi tahun semasa. Jika anda yang buat sendiri insuran kereta anda, cover note ini sepatutnya anda dapat selepas membuat insuran bagi kereta anda. Jika anda wakilkan orang lain untuk buatkan insuran anda, berkemungkinan cover note tersebut ada pada orang tersebut. Anda boleh minta daripada wakil anda itu. 

2. Salinan Geran Kereta

Ada kedai yang tidak perlukan salinan geran kereta dan ada yang nak tengok salinan geran kereta. Untuk mengelakkan anda berulang alik, sediakan salinan geran kereta dan serahkan kepada kedai panel jika diperlukan.

MYEG vs Manual

Semasa membuat pertanyaan kepada kedai panel insuran bagi membaiki cermin kereta yang pecah, soalan pertama yang ditanya adalah sama ada roadtax dan insuran dibuat melalui MYEG atau secara manual. Sekiranya roadtax dan insuran dibuat melalui sistem MYEG, pihak kedai panel boleh membuat semakan terus dengan sistem MYEG dan mencetak slip tuntutan terus dari MYEG. 

Tetapi bagi yang membuat roadtax secara manual di pejabat JPJ, pihak kedai panel akan meminta anda untuk pergi ke pejabat JPJ dahulu untuk mengeluarkan surat tuntutan insuran terlebih dahulu sebelum anda boleh membuat tuntutan untuk menggantikan cermin hadapan kereta anda.

Macam mana nak tahu cukai jalan dibuat melalui MYEG atau tak?

Lihat pada cukai jalan kereta anda, jika ada tercatat perkataan MYEG, ini bermakna cukai jalan anda dibuat dengan menggunakan sistem MYEG.

Dalam kes saya, cukai jalan dan insuran dibuat melalui MYEG, jadi saya tidak perlu lagi pergi ke pejabat JPJ. 

Ok?

Jika dah sediakan 2 dokumen di atas, anda bolehlah pergi ke kedai cermin kereta yang panel bagi jenis insuran anda. Antara kedai-kedai cermin kereta yang popular adalah seperti Dr Cermin dan lain-lain (bergantung kepada jenis insuran atau takaful yang anda ambil). 

Sekiranya harga cermin bagi kereta anda lebih mahal berbanding jumlah yang dilindungi, anda perlu tambah secara tunai kepada kedai tersebut. Tetapi jika harga cermin bagi kereta anda lebih murah berbanding jumlah yang dilindungi, baki jumlah yang dilindungi boleh dibawa kehadapan (untuk tahun semasa) dan sekiranya cermin hadapan pecah sekali lagi dalam tahun perlindungan yang sama, baki perlindunga tersebut masih boleh digunakan.

Dalam situasi saya, harga cermin bagi kereta saya adalah RM650 tetapi perlindungan yang diberikan hanyalah sehingga RM500 sahaja. Jadi saya perlu tambah RM150 secara tunai kepada kedai cermin tersebut.

Pemasangan cermin siap dalam masa lebih kurang 4 jam. Waranti bagi pemasangan cermin ini biasanya dalam beberapa bulan sahaja (kurang dari 6 bulan) dan sekiranya terdapat sebarang kebocoran anda perlu bawa kereta anda ke kedai semula untuk diperbaiki.

Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Saya harap sedikit sebanyak dapat membantu anda semua ;-)

Terima kasih kerana membaca Cara Claim Insuran / Takaful Bagi Cermin Hadapan Kereta. Anda ada pengalaman yang berbeza dengan kes saya? Kongsikan di ruangan komen.
click tracking