Cara Buat 'Air Detox' Dengan Mudah dan Sedap

Cara Buat 'Air Detox' Dengan Mudah dan Sedap

Apa itu air detox? Rasanya saya dah dengar berkenaan air detox ni sejak beberapa tahun lepas dan semakin hari semakin popular tambahan lagi air detox kerap dikaitkan dengan salah satu cara untuk menguruskan badan. Betulkah air detox berkesan untuk menguruskan badan? Saya juga mempunyai persoalan yang sama.

Dalam artikel kali ini saya akan cuba untuk mengumpulkan beberapa sumber maklumat berkaitan air detox dan cuba menjawap persoalan sama ada air detox benar-benar berkesan atau hanya sekadar rekaan semata-mata.

Sebelum itu, saya fikir kita perlu fahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan air detox. Saya pun kurang pasti dari mana asalnya terma air detox ni, tetapi daripada hasil carian saya, air detox adalah air yang disediakan khas yang dikatakan dapat membuang toksin-toksin di dalam badan. Sejauh mana kebenarannya, saya pun kurang pasti. Apa yang saya pasti adalah, air detox ini biasanya disediakan dengan menggunakan pelbagai jenis buah-buahan segar dan sedap untuk diminum begitu sahaja ;-)

Dari segi bahasa, 'detox' adalah singkatan bagi perkataan detoxification yang membawa maksud penyingkiran toksin. Ini bermakna air detox adalah air yang dikatakan dapat menyingkirkan toksin di dalam badan. Dari segi fisiologi badan manusia, penyingkiran toksin sebenarnya dilakukan secara semulajadi oleh sistem badan manusia walaupun seseorang itu tidak minum air detox. Walaubagaimanapun, meminum air detox MUNGKIN dapat membantu penyingkiran toksin dalam badan.

Menurut pakar nutrisi, air detox sebenarnya tidak mempunyai fungsi dalam menyingkirkan toksin dalam badan dan cara terbaik untuk membersihkan sistem dalam badan adalah dengan memperbanyakkan minum air masak. [Sumber : Healthline]

Air detox ini mula dipopularkan oleh artis barat seperti Mariah Carey dan juga Beyonce yang menyatakan bahawa mereka menjaga tubuh badan mereka dengan hanya meminum air detox [Sumber : DetoxMudah]. Oleh sebab itu, ianya menjadi satu kegilaan bagi mereka yang bertungkus lumus untuk menguruskan badan.

Apa itu diet air detox?

Diet air detox adalah diet yang hanya membenarkan pengamalnya minum air detox sahaja dalam satu ketika (biasanya dalam masa seminggu). Inilah diet yang dilakukan oleh artis-artis barat. Dari sudut pandangan pakar kesihatan, ianya merupakan satu diet yang tidak baik dan boleh membahayakan kesihatan. Ini kerana badan manusia turut memerlukan nutrien lain untuk perkembangan dan proses dalam tubuh badan manusia. 


Jadi kenapa nak ajar cara buat air detox?

Cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan badan adalah dengan memperbanyakkan meminum air masak, memakan sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Tetapi ini tidak bermakna kita perlu meninggalkan sumber nutrien lain seperti protein, karbohidrat dan lain-lain. Semuanya kembali kepada pemakanan yang seimbang.

Bagi saya sendiri, air detox adalah baik untuk kesihatan kerana air detox ini dibuat daripada buah-buahan segar dan juga herba. Malah ianya sedap untuk diminum ;-)  Tetapi terma 'air detox' yang diberikan itu bagi saya sebenarnya boleh mengelirukan orang awam. 

Ok?

Kembali kepada topik asal kita cara buat air detox..

Cara buat air detox adalah mudah tetapi dapat menghasilkan air yang segar tambahan lagi jika diminum dalam keadaan panas seperti sekarang ini pastinya sangat menyegarkan! Jika kita Google tentang cara buat air detox, terdapat ratusan resepi air detox dikongsikan dalam laman web yang berlainan. Pada kali ini saya akan kongsikan carian saya berkaitan cara buat air detox serta resepinya. Di bawah adalah beberapa laman web yang berkongsikan cara buat air detox. Saya belajar buat air detox daripada laman-laman ini.


Ini adalah antara carian terawal yang muncul jika anda cari resepi untuk buat air detox. Rasanya tidak perlulah saya tulis kembali setiap satu resepi kerana ianya adalah milik asal laman-laman web tersebut. 

Apa yang saya cuba sampaikan adalah, tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkan air detox kerana ianya dibuat dari sumber yang segar dan berkhasiat. Tetapi dalam masa yang sama jangan terlalu taksub dengan terma 'air detox' kerana secara keseluruhannya meminum air detox tidak akan menjadikan anda kurus atau lebih sihat. Apa yang lebih penting adalah pemakanan yang seimbangan mengiku gizi dan piramid makanan. 

Terima kasih kerana membaca Cara Buat 'Air Detox' Dengan Mudah dan Sedap. Anda ada pengalaman dengan air detox? Kongsikan la sikitt.. ;-)
Back To Top