WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Melancong Dengan Bajet Yang Kecil

percutian bajet

Percutian adalah merupakan salah satu cara untuk menenangkan minda dan juga masa untuk bersama keluarga. Oleh itu, percutian anda hendaklah menjadi satu kenangan yang manis sepanjang hidup anda. Walaubagaimanapun, ramai yang menganggap, percutian yang menarik memerlukan belanja yang banyak dan tidak mampu dimilik.

Ok.

Pada kali ini, saya ingin kongsikan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk bercuti dan melancong dengan bajet yang kecil

Mungkin ada yang menyatakan bahawa..

percutian bajet

Tetapi hakikatnya, melancong atau percutian sebenar bukanlah seratus peratus berkaitan dengan duit, tetapi lebih kepada menjadikan percutian sebagai cara melepaskan diri dari stress dan menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. 

Bagi yang bercita-cita untuk pergi melancong luar dari kawasan anda, saya kongsikan 7 cara untuk perancangan percutian anda dan tidak melepasi bajet anda.

1. Rancang lebih awal

Perkara utama yang perlu di lakukan untuk melancong dengan bajet yang kecil adalah dengan menyediakan rancangan awal. Sediakan tabung pelancongan seawal 6 bulan atau setahun daripada tarikh anda merancang untuk melancong. Tempah tiket kapal terbang atau hotel awal sekiranya anda merancang untuk menggunakan kapal terbang.


2. Travel luar waktu puncak

Kebiasaannya orang akan mula melancong setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan. Di waktu puncak seperti ini harga tiket kapal terbang, hotel, sewa kereta dan segala pakej pelancongan akan mula naik dan amat berbeza dengan harga di hari-hari biasa. Cuba elakkan melancong diwaktu puncak terutamanya di penghujung tahun.

3. Penginapan

Buat perbandingan harga antara penginapan yang anda rancang dengan menggunakan laman web seperti Trivago atau Agoda. Anda akan dapat lihat perbezaan harga walaupun anda membeli di Hotel yang sama. Elakkan dari walk in kerana bayarannya biasanya lebih mahal. 


4. Pengangkutan

Kos pengangkutan amat penting untuk diketahui lebih-lebih lagi bila berada diluar negara. Buat survey harga bas, teksi, bot dan juga sewa kereta terlebih dahulu. Jangan sampai kena tipu hingga bajet anda untuk hal-hal lain sudah terpakai untuk tambang sewa pengangkutan.

5. Makanan

Kalau nak jimat tak perlulah makan di restoran mewah. Lebih elok bawa bekal sebelum berangkat sekurang-kurangnya boleh mengisi perut untuk sarapan pagi dan makan malam. Makan tengahari mungkin bolehlah cuba makanan restoran untuk merasa kelainan masakan luar.

6. Souvenir/Cenderamata

Jika anda mahukan sesuatu untuk kenangan, snap saja gambar dengan telefon anda. kalau tak nak kedekut sangat, jika anda mahu membawa sesuatu cenderamata untuk rakan-rakan dan keluarga, cuba sesuatu yang murah dan unik seperti key chain dan fridge magnets. Tak perlulah beli t-shirt yang sudah tentu harganya tak murah. 

7. Tempatan / Luar Negara

Secara umumnya, melancong di dalam negara adalah lebih menjimatkan berbanding melancong di luar negara. Di Malaysia sendiri banyak tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati. Selain daripada itu, dari segi pengangkutan, penginapan lebih mudah dirancang dan menjimatkan.

Semoga tip ini membantu anda merancang pengembaraan anda dengan sebaik mungkin. Apa yang penting adalah dapat meluang masa bersama yang tersayang dan masih dalam keadaan 'tersenyum' apabila balik dari percutian ;-)

Jangan jadi seperti ini..;-)

percutian bajet

Terima kasih kerana membaca cara melancong dengan bajet yang kecil. Anda rasa ianya bermanfaat? Share dengan kawan-kawan anda!
click tracking