Cara Asas Buat On-Page SEO

asas On-Page SEO

Apa itu On-Page SEO? Memandangkan blog ini adalah baru dalam dunia blogging di Malaysia, saya tidak ketinggalan untuk belajar berkenaan SEO dari pelbagai sumber dan ebook. Salah satunya adalah daripada Kitab SEO yang ditulis oleh Tuan Titan. Selain daripada itu, banyak juga rujukan yang saya baca berkaitan SEO dan penulisan. Lebih kepada menambah pengetahuan diri. 

Ok. Kali ini saya nak kongsikan satu Infografik yang ringkas dan mudah difahami berkaitan On Page SEO. Mungkin ada yang sudah baca dan tahu, boleh dijadikan sebagai ulangkaji sahaja. Saya perolehi infografik ini daripada Backlinko. 

asas On-Page SEO
Sumber : Backlinko


Secara keseluruhannya, ada 12 perkara yang boleh kita lakukan untuk meoptimasikan SEO untuk blog kita. Mari kita ulangkaji sama-sama:
  • URL yang mesra SEO ialah URL yang pendek menepati kata kunci yang anda ingini
  • Kata kunci di permulaan tajuk adalah lebih baik daripada kata kunci di hujung tajuk
  • Gunakan kata tambahan seperti '2016', 'review' atau lain-lain perkataan untuk mensasarkan kata kunci yang lebih panjang (long tail keyword)
  • Pastikan tajuk artikel anda adalah dalam H1 tag (Headline Tag)
  • Pastikan terdapat kata kunci dalam perenggan pertama dalam 100 perkataan pertama dalam artikel kita
  • Artikel yang mempunyai link rujukan keluar ke laman yang lebih baik adalah penting sebagai rujukan artikel 
  • Bounce Rate yang rendah bermakna blog anda memberikan manfaat kepada pembaca. 
  • Bounce rate boleh dikurangkan dengan meletakkan gambar atau video untuk menggalakkan interaksi antara penulis blog dan pembaca.
  • Pastikan blog kita cepat loading. Tiada siapa suka blog yang lambat loading.  
  • Tulis artikel yang panjang dan berkualiti lebih kurang 1500 patah perkataan
  • Pastikan terdapat butang perkongsian di media sosial 
  • Masukkan juga 'kata kunci tambahan' yang berkaitan dengan kata kunci utama kita. Ini akan menjadikan artikel kita lebih menjadikan artikel kita relevan dan berkualiti.
Itu adalah kesimpulan yang saya dapat daripada infografik tersebut. Anda mungkin ada cara tersendiri dan lebih hebat dalam melakukan On Page SEO. Dalam banyak-banyak tu yang paling saya sukar untuk buat adalah untuk tulis artikel yang berjela-jela sehingga 1500 patah perkataan. 

Nak tahu teknik SEO yang lain? Boleh baca juga di ebook Kitab SEO. Banyak lagi perkara yang dikongsikan di dalam ebook tersebut. Diharap perkongsian kali ini bermanfaat sebagai ulangkaji untuk rakan-rakan blogger dan bagi yang ingin memulakan blog sendiri.

Terima kasih kerana membaca Cara Asas Buat On-Page SEO. Sekiranya ada kesilapan atau pertambahan ilmu mohon ditulis dalam ruangan komen untuk rujukan bersama. Dan jangan lupa untuk follow saya di Google+ dan Facebook sebagai tanda sokongan terhadap blog ini. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top