Bagaimana cara menambahkan berat badan secara sihat? Ramai orang berlumba-lumba untuk menurunkan berat badan, tetapi dalam masa yang sama ada juga yang ingin menambahkan berat badan. Dalam kebanyakan situasi, cara menambahkan berat badan biasanya dicari oleh kaum lelaki manakala menurunkan berat badan biasanya dipelopori oleh kaum wanita.Â
Secara umumnya orang yang merasa diri mengalami masalah berat badan sama ada terlalu kurus atau terlalu gemuk bimbang dengan 2 perkara:
- Pandangan orang lain terhadap diri sendiri yang menyebabkan kemerosotan keyakinan diri.
- Faktor kesihatan.Â
Kevin Zahri di dalam blognya ada menyatakan:
Proses menambahkan berat badan memerlukan masa yang lebih lama berbanding menurunkan berat badan.
Siapa Kevin Zahri?
Saya yakin bagi yang ingin mengurangkan berat badan, Kevin Zahri sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ini adalah kerana beliau merupakan seorang trainer yang telah berjaya mengubah kehidupan ramai orang yang mengalami masalah berat badan. Anda boleh baca berkenaan beliau di laman web Kevin Zahri.
Di sini saya kongsikan 4 cara menambah berat badan secara sihat:
1. Lebihkan pengambilan kalori
Konsepnya adalah untuk menwujudkan lebihan kalori dalam badan yang boleh digunakan untuk pembentukan lemak yang mencukupi. Lebihan kalori boleh dicapai dengan memastikan pengambilan kalori adalah lebih daripada penggunaan kalori dalam sehari.Â
Oh ya, ini bukan lesen untuk anda makan sesuka hati, cikedis, jajan, gula-gula dan seumpamanya. Walaupun memerlukan lebihan kalori, pengambilan hendaklah daripada sumber yang sihat dan seimbang dari segi kandungan karbohidrat - protien -lemak.
Contoh makanan: Buah-buahan seperti jagung, pisang dan mangga, roti dan nasi.
2. Makan secara kerap dalam kuantiti sederhana
Cara kedua ini adalah lanjutan daripada cara yang pertama tadi. Ini bermakna walaupun anda memerlukan lebihan kalori, ianya lebih baik diambil dalam dalam kadar sederhana tetapi kerap berbanding di ambil dalam kadar yang banyak dalam satu masa.Â
Sebagai contoh, kita tetap mengambil makananan 3 kali sehari seperti biasa iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam, tetapi dalam selang masa makan, kita mengambil makanan tambahan lain seperti buah-buahan dan roti. Â
3. Supplement / Makanan tambahan
Makanan tambahan mungkin dapat membantu anda untuk memberikan kalori tambahan dan juga memberikan keseimbangan kepada diet harian anda. Sebelum mengambil apa-apa supplement pastikan anda tanya betul-betul kepada penjual tersebut.
4. Mesti bersenam!
Jika anda telah mengamalkan semua perkara di atas, putaran menambahkan berat badan anda belum selesai. Anda mesti bersenam! Anda perlukan senaman berintensiti tinggi untuk membentuk otot anda dan seterusnya untuk mencapai impian anda menjadi abang sado!
Paling mudah pergi ke gim berhampiran anda untuk mendapatkan nasihat atau jika malu, boleh dapatkan buku panduan daripada lama web Kevin Zahri sendiri. Walaupun asalnya program ini adalah untuk menurunkan berat badan, tetapi senamannya boleh digunakan untuk membina otot-otot bagi menambahkan berat badan.
Secara keseluruhannya, menambahkan berat badan bukanlah sesuatu yang mustahil dilakukan. Hanya memerlukan usaha dan masa pasti ianya boleh dicapai.
Anda boleh dapatkan panduan menambah berat badan yang di tulis oleh Kevin Zahri di sini.
Selamat mencuba!
Terima kasih kerana membaca Cara Menaikkan Berat Badan Secara Sihat. Adakah anda mempunyai berat badan yang ideal? Kongsikan tips anda di ruangan komen.
Tercari2 produk yang membantu anda untuk naikkan berat badan.? Boleh hubungi whatsapp saya di 013-4784780 untuk info lanjt berkaitan produk KILOUP. PERCUMA POSTAGE AKAN DIBERIKAN.
BalasPadam