Cara Menghadapi Musim Jerebu dan Kesannya Kepada Kesihatan


Semua rakyat Malaysia umumnya sedang menghadapi musim jerebu yang kini sudah masuk beberapa minggu. Dan keadaan nampaknya semakin teruk di sebahagian kawasan dengan IPU yang tidak sihat. Pihak Jabatan Alam Sekitar sentiasa mengeluarkan bacaan IPU terkini diseluruh Malaysia dan hampir 80% dalam keadaan tidak sihat.


Bacaan IPU terkini pada 14.9.2015


Sebagai orang awam yang bekerja, kita tidak terlepas daripada bahaya jerebu yang boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih teruk. Oleh itu kita hendaklah sentiasa mengamalkan perlindungan daripada jerebu. Antara perkara yang penting apabila mengalami jerebu teruk adalah:

  • Pakai topeng muka. Seelok-eloknya kita dikehendaki menggunakan topeng muka jenis N95 yang mana dapat menghalang debu-debu yang lebih kecil berbanding topeng  muka biasa. Walaubagaimana pun, sekiranya anda sukar untuk mendapatkan bekalan topeng muka N95, anda boleh menggunakan tupeng muka biasa sebagai penapis untuk udara yang tercemar daripada jerebu.
  • Kurangkan aktiviti luar. Ketika negara dilanda jerebu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar seperti beriadah, berjogging dan sebagainya. Ini adalah kerana aktiviti luar menyebabkan anda terdedah kepada jerebu secara langsung dan ini boleh menjejaskan kesihatan anda.
  • Sentiasa minum air masak dengan kuantiti yang mencukupi. Jerebu dapat menyebabkan seseorang mudah mengalami batuk dan sakit tekak. Meminum air yang mencukupi setiap hari dapat mengurangkan ketidakselesaan pada tekak anda.
  • Jika anda berada di dalam rumah, tutup tingkap dan pintu untuk mengurangkan debu-debu daripada jerebu masuk ke dalam rumah anda.
  • Semasa memandu, tutup tingkap kereta dan hidupkan penghawa dingin untuk memastikan udara yang mengalir dalam kereta adalah lebih bersih berbanding udara luar.
  • Sentiasa mengamalkan kebersihan diri seperti membasuh tangan selepas aktiviti luar
  • Bagi mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma dan sesak nafas, pastikan anda mendapatkan rawatan segera di klinik berhampiran untuk mengelakkan komplikasi yang lebih teruk. 
Itulah sebahagian yang anda perlu tahu semasa musim jerebu ini. Bersama-sama kita menjaga kesihatan dan mengingati rakan dan saudara mara kita.

Terima kasih kerana membaca Cara Menghadapi Musim Jerebu dan Kesannya Kepada Kesihatan. Kongsikan dengan rakan-rakan anda supaya kita sentiasa berada dalam keadaan baik semasa musim jerebu ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top