Wahed Launch Produk Baru: Private Real Estate – Peluang Jana Income Pasif Dengan Modal Kecil?


Baru-baru ni, platform pelaburan patuh syariah Wahed announce satu produk baru yang agak menarik — Private Real Estate Investment.

Kalau korang pernah rasa pelaburan hartanah ni “hanya untuk orang kaya”, produk ni memang cuba ubah persepsi tu.

Jom saya explain simple.

Apa Itu Wahed Private Real Estate?

Secara mudah, ini adalah platform yang bagi korang melabur dalam hartanah secara “fractional” (pecahan).

Maksudnya:
Tak perlu beli rumah satu biji
Korang boleh beli “share” dalam satu property
Modal bermula RM500

Platform ni fokus kepada:
Rumah kediaman
Disewakan kepada tenant
Pelabur dapat bahagian daripada sewaan

Macam Mana Korang Buat Duit?

Ada 2 cara utama:

1. Income Sewa (Passive Income)
Wahed akan agihkan hasil sewa secara berkala (contoh: quarterly) Lagi besar pegangan korang, lagi besar income.

2. Capital Gain
Bila property dijual pada masa depan
Kalau harga naik → korang untung

Apa Yang Buat Produk Ni Menarik?

✅ 1. Patuh Syariah (No Riba)

Property dibeli tanpa hutang (debt-free)
Sesuai untuk pelabur Muslim yang nak elak interest

✅ 2. Modal Rendah
Tak perlu RM300k untuk beli rumah
Start dari serendah RM500 je
Ini memang game changer untuk beginner.

✅ 3. Fully Managed
Wahed "urus' semua:
Cari tenant
Maintenance
Korang literally “relax & tunggu income masuk”.

✅ 4. Diversification
Boleh invest beberapa property sekaligus
Kurangkan risiko bergantung pada satu rumah


Risiko Yang Korang Kena Tahu
Jangan nampak best je — ada risiko juga:

❗ 1. High Risk Investment
Wahed sendiri classify sebagai pelaburan berisiko tinggi

❗ 2. Tak Liquid
Duit tak boleh keluarkan sesuka hati
Kena tunggu property dijual

❗ 3. Market Risiko
Harga rumah boleh turun
Sewa mungkin tak konsisten

Dah Available Dekat Malaysia Ke?
Setakat ni:
Produk ni dah launch kat Malaysia bulan April 2026

Patut Ke Korang Try?
Saya bagi guideline simple:
Sesuai kalau:
✔ Nak passive income
✔ Nak pelaburan patuh syariah
✔ Modal kecil tapi nak masuk real estate

Tak sesuai kalau:
❌ Nak duit cepat cair
❌ Tak tahan risiko
❌ Nak control property sendiri

Kesimpulan
Bagi saya, Wahed Private Real Estate ni memang menarik untuk beginner.
Dia solve 3 masalah besar:

Modal tinggi
Susah urus property
Isu riba

Tapi korang kena ingat — ini bukan “confirm untung”.
Dia tetap pelaburan, bukan simpanan.
Dan akhir sekali, Wahed ade fee untuk join investment ni. 3% kalau tak silap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top